Thursday, May 30, 2013

Pemenang Giveaway : Rumahku Hidupku Terurus

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah sekian lama menyepi dengan rindu yang membuak-buak untuk blogging saya mulakan dengan pengunguman pemenang GA : Rumahku Hidupku Terurus.

Tapi sebelum itu saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua 9 peserta.
Saya sangat menghargai penyertaan kalian.
Jutaan Terima Kasih sekali lagi.

Ok.. Mesti semua orang scroll down laju2 sebab nak tau siapa pemenangkan.

Ok lah..
Pemenang Pertama 

Puan Fizah
Entry penyertaan beliau di sini.
Siap Buat review lagi pasal buku Mudahnya Mengemas.


Pemenang Ke-2

Ummie Sue
Yang ni memang gempak.
Siap buat picture shomel lagi.
Rasa nak geget.
Boleh refer di sini

Tahniah kepada pemenang.
Emailkan detail nama, alamat dan no telifon (Wajib) 
ke sitinorhas_linda@yahoo.com.

Wednesday, May 29, 2013

{Sticky Post } Giveaway : Rumahku Hidupku Terurus

Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan.
Giveaway datang lagi.



Syarat-syaratnya :

1. Follow blog 2 blog saya


2. Buat Entry mengenai Giveaway : Rumahku Hidupku Terurus
dan paste gambar diatas beserta link ke entry ini.

3. Jadikan sticky post sehingga 29 May.

4, Tinggalkan Komen beserta link di entry ini.

Tarikh Tutup : 
29 May 2013

Cara Pemilihan Pemenang : 
2 pemenang berdasarkan bilangan page view paling ramai. 

Hadiah : 
Buku "Mudahnya Mengemas Rumah"

Jom-jom join beramai-ramai

Tuesday, May 21, 2013

I Wish

Assalamualaikum.
Diselubungi rasa bersalah.
Sebab tiada sebarang update 2-3 hari ni.
Ada beberapa sebab la.
Weekend yang full schedule.
Malam pulak sekarang ni asik pengsan awal ke.
Jika sebelum ni tidur kan anak dalam kol 9.30 malam.
Kalau terlelap pun pukul 11 bangun balik.
Kemas rumah and setelkan project HO and update blog.
Ni pun dengan rasa bersalah up entry ni kat ofis.
Rasa bersalah yang amat dan update cepat2.
 Aiyakkk.. ank masukkan gambar tak bleh pulak.

Sebenarnya walaupun dalam kesuraman di blog ni ada beberapa project on going.

1. Schedulu untuk Cleaning.
Saya plan awal next month nak buat 1 minggu all about cleaning.
So nantikan.

2. Pemburuan Console table dan racking untuk store.

Asalnya xnak citer lagi tapi saja nak shot 1 entry.
Then this weekend n nxt week saya balik kampung.
So mungkin kesunyian ini akan berterusan sampai minggu depan.
Tapi GA masih berjalan.
Jom join ramai-ramai.

Teruskan project2 HO anda dan saya tetap mengikuti perkembangan anda.
Love you sista HO.

Thursday, May 16, 2013

Jom Mengemas : Apa Ada Atas..........

Assalamualaikum Readers.
Pertama sekali saya nak merakamkan jutaan terima kasih kepada pembaca blog Hidupku Rumahku Terurus ini.
Komen-komen anda buat saya rasa terharu.
Serius terharu.
Saya tak sangka penerimaan pembaca pada blog kecil ini sangat baik.

Kalian buat semangat saya untuk terus "mengerjakan" rumah ni semakin kuat.
Anda buat otak saya selalu bekerja untuk fikirkan "what's next".

Jutaan Terima Kasih untuk anda sekalian.

Ok. Back to the topic.
Saya tak tahu dalam dunia ni saya sorang je ke yang ada bad habits ni.
Atas alasan sebab ada anak kecil.
Tempat yang paling strategi untuk letak barang adalah kat atas almari atau apa sahaja tempat yang tinggi.
Selain nak elak dari diambil oleh anak-anak sebab lain adalah tempat-tempat begini sambil lalu je boleh letak. 
Then lupa letak mana.

First, Atas.....Almari Display



Terletak on the way nak ke dapur.
Macam-macam ada. 
Mostly sebab nak elak dari cabai dek anak-anak dan paling senang or dekat nak ambil bila dari ruang tamu.
Heheheheh.. kan saya kata tadi bad habits.
Semua benda nk short cut.

Ulat besau tu letak situ sebab jaitan dah sedikit terbuka so isi dalam keluar.
Nak elak dari anak main sebelum di jait kembali oelh si ibu, makanya disitulah tempatnya dah dekat sebulan.

Yang lain weigh scale dan foto album tu pun alasanya sama.
Yang mengagumkan saya jumpa 3 botol bedak dan 2 krim ruam Awatif.
Heeee.. Tu sebab nak short cut.
Lepas siapkan anak letak kat atas tu.
Then lupa letak mana, beli lagi.

Yang  bedak tu memang banyak bedak kat rumah ni so xder istilah hilang sebab bedak ada dimana-mana sahaja.
Bedak sume tu hadiah masa Awatif lahir lagi.
Tak habis-habis.
And even yang dari Kaseh new born lagi pun ada.
Sampai dorang dah masuk sekolah rendah nanti pun baru habis kot.

Hasilnya

Before

After

Harap bertahan lama.
Yang tinggal hanya 2 benda ni yang memang tak der tempat specifik nak letak.
Lagi pun terlindung dari pandangan mata.
So bilarlah mereka disitu?
Barang lain?

Heee.. Biasa jadi kalau kemas 1 tempat, tempat lain yang jadi tempat lambakan.
So far barang2 tu sume ada tempatnya so keadaan masih terkawal.
Plus saya jumpa lapik kaki yang saya beli entah bila kat atas almari then sekarang saya boleh guna untuk bilik atas.
Punyer la banyak khazanah kat atas tu.

Next place is Atas....kitchen cabinet.

Ni pun sebab yang sama.
Nak elak anak ambil letak sini.
Then tempat letak lampu rosak En Suami.
Ada peluang, saya buang.
Wahhh.. macam pantun.

Ada rezeki boleh extend KC ni sampai atas so boleh letak banyak periuk belanga.
So far periuk belanga tak banyak biarlah dia disitu.
Tapi yang tak best jadi tempat kumpul habuk.

Hasilnya.

Before 

After

Tengah cari idea camner nak tutup kat atas ni.
Bila berlekuk ke dalam macam ni habuk berkumpul and susah ank cuci.

Atas... Fridge

Before 

After

Buang resit lama and fridge magnet yang pecah,
Kasi lap and letak lapik.
Kain lebih buat langsir dapur hari tu.
So matching skit la.

Atas.. Rak TV 

Before

After

Kalau siapa yang perasan dalam entry saya sebelum ni la.
Memang mengganggu pandangan.
Tapi nak jugak update sebelum kemas.
Ihiii..

Sooo.. Siapa kat sini ada habit macam saya?
Ke saya sorang je dalam dunia ni?

Wednesday, May 15, 2013

Ruang Keluarga

Assalamualaikum Pembaca ku yang disayangi.
Selalu excited nak share project walaupun belom siap.
Tak per, we put it as a in progress.

Saya pernah mention dalam beberapa entry di Kasehku Hidupku dulu mengenai hal rumah saya.
Ok story morry lagi sekali sebab mostly pembaca Hidupku Rumahku Terurus ini adalah pembaca baru.

Dah lebih 3 tahun saya tinggal kat rumah teres 2 tingkat berkeluasan 20 x 80ft ni.
Tapi boleh dikatakan tak sampai setahun pun saya guna ruang rumah ni sepenuhnya.

Dulu masa awal2 kahwin tido la kat bilik atas ni.
Bila da ada anak 1, terasa malas nak naik atas dengan angkat anak pagi2.
So kami tdo kat hall je.
Sesekali ada la tido kat atas.
Dan pernah ada 1 ketika sampai 2 bulan saya tak naik tingkat atas.
Yup.. sampai lah ada satu ketika dulu Kaseh asik demam dan dah macam2 cerita dengar kalau rumah / bilik yang dah lama tak guna.
So atas nasihat ustaz, dia suruh kami guna ruang atas, jangan dibiarkan gelap, sesekali buka la lampu bilik2 yang tak guna tu dan bukak pintu semua bilik.

Kalau dah tak naik memang tak bukak lampu lah and even saya takut nak naik atas sorang-sorang walaupun siang.
Orang selalu cakap apa nak takut rumah sendiri.

Pernah orang streamyx nak pasang line kat tingkat atas dan tanya 
"Rumah ni memang tak duduk ke?"
Nak cover line iyakan aja lah.

Bila anak dah 2 orang, tido kat bawah lagi.
Sebab pagi2 jenuh nak angkat 2 org anak masuk kete.

Satu hal lagi kenapa tak tidur atas ni sebab panas.
Lagi selesa tido kat hall.

Awatif pulak tak boleh tido sebab panas.
Pernah kol 3 pagi pun merengek tak boleh tido.
Badan berpeluh.
Tido balik kat bawah.


Tapi tak tahan tengok hall macam rumah kongsi dengan tilam n bantal.
Nekad.
Kena cari jalan jugak supaya boleh tido kat atas.
Nak gunakan ruang yang ada sepenuhnya.

Bilik Utama saya pasang air-cond.
So tiada alasan lagi nak kata panas.

1 bilik saya jadikan bilik anak-anak.
Kemas, pasang cadar, pasang langsir dan letak mainan.


1 lagi bilik jadikan store yang saya plan akan disusun atur menjadi wordrobe room menggantikan bilik bawah.


Pun dibersihkan dari sebarang habuk.

Kalau dulu, asal naik atas amik barang je pun, boleh hitam tapak kaki sebab tempat tak digunakan.
even kat tangga pun boleh ada kesan tapak kaki bila sesekali naik.
Tak ke horror punyer rumah.

Pernah kami laki bini pikir nak sewakan je ruang atas ni.
Dari kasi duduk kat benda-benda yang tak patut.

Bagi menambahkan lagi fungsi tingkat atas ni kami wujudkan ruang keluarga.
Jika dulu rak ni letak kat tingkat bawah sebagai work space.

Before



After

Tapi sekarang dipindahkan ke tingkat atas.


TV lama yang kat bawah naik atas.
1 rak paling atas terpaksa dikorbankan untuk letak TV.
Alhamdulliah semuanya menjadi sperti yang dirancang.
Memudahkan lagi urusan bila Sang Suami setuju dengan plan ni.
Kalau plan lain yang tak  memerlukan kerja-kerja mengangkat saya memang buat sorang je tak tanya pendapat dia pun.
Tapi nak angkat rak tu naik atas memang kena minta kerja sama.
Dia setuju sebab dia tak selesa bila file-file peribadi ada kat hall.
Make sense.

Adakah semua ini terjadi hanya dengan one short project?
Amik masa wooo.. 
Sikit-sikit.

Dimulakan dengan beli LED TV untuk tingkat bawah.
Sebab utama adalah bila anak tengok TV dengan jarak 2 inci dari hidung.
Nak jadi macam mak dia yang rabun sebab tengok TV dekat?
So TV baru tu letak di dinding.

Then TV lama bawak naik atas.
Just letak atas rak 3 tier tu je.
Tu dalam bulan 11 tahun lepas kot.

Then tak ingat bulan berapa, setelah berjaya memujuk secara halus sang suami,
kami angkat rak besar tu naik atas.
Masa tu meja keje masih kat bawah.

Dan bisikan memujuk sang suami berjalan lagi,
"Susah la meja ni kat bawah, printer kat atas"
LULUS.

Angkut pulak meja naik atas.
Tapi masih tak boleh guna ruang ni sepenuhnya sebab takder lampu.
Kipas hanya guna yang stand tu je which is tidak bagus untuk rumah yang ada budak kecik.

Yang ni pending lama.
Dekat 3-4 bulan jugak.
Sebabnya yang sang suami kata, "Siling tinggi susah nak pasang lampu"
Plus takder point kipas.

Next bisikan memujuk berjalan lagi.
Buat sesi "Kalau nak pasang kipas n lampu kat atas tu nak pasang yang macamana ye?"
Sang Suami "Kita pasang, yang macam kat bawah ni je kipas siling sekali ngan lampu, tapi kena beli tiang extend tu la sebab siling tinggi"

See..?
Boleh buat sebenarnya.
Sang isteri pun gigih la ke House of Lighting Puchong masa lunch time keje sabtu.
Asalnya nak LED Fan tapi mahal Rm 3++.
So cancel, amik yang jenis ni tak sampai Rm 200 pun.

Kipas Sang isteri dah tolong beli, sang suami dah mula menunjukkan sokongan dengan g order tiang kipas 5 kaki.
Yang biasa ada 3 kaki je.
2 hari jugak la baru dapat.

Keje-keje memasang dijalankan.
Angkat dining table naik atas, letak kerusi atas meje, letak tangga atas kerusi.
Memang risau bab safety sebab tinggi sangat.


Keje-keje dijalankan dengan doa sang isteri.


Done.
walaupun terlebih rendah tapi OK je lah.

Ouhhh.. Lupa..
Sebelum pasang and angkat semua barang2 tu yang mengambil masa dekat 6 bulan jugak la, benda pertama yang saya pasang safety gate ni sebenarnya.


Safety First la katakan.

Then baru lah keje-keje mengangkut dimulakan.
So sekarang sebenarnya boleh dikatakan 80% complete untuk ruang keluarga ni.
Tinggal nak touch up skit lagi.
Macam working table ni.


Masih berselirat dengan wire.
Then nak susun atur stationery, file and buku.

Secara keseluruhan nampak OK dan praktikal.
Kepuasan maksimum bila sang suami dah mula guna ruang ni untuk buat keje instead of dok kat bawah.

Tapi rak bawah ni rasa rugi lak tak pakai.
Indahnya kalau saya dapat letak buku-buku disitu.

Tapi nampaknya simpan dulu hasrat tu bila sekarang ni keadaan ini berlaku.



Apa nak dikata.
Simpan dulu hasrat si ibu.

Housss.. panjangnya entry.
Anyway.. ada beberapa lagi project on the way dalam merealisasikan objective untuk menggunakan tingkat atas ini sepenuhnya.

Jumpa lagi di lain project.

Jemput jenguk Blog Penganjur Giveaway cabaran Ruang keluarga.
Susun Atur Sioca 

2. Masukkan link blog penaja di entri anda.
3. Follow blog www.akubukanpenulistegar.blogspot.com








Monday, May 13, 2013

Review : Buku "Mudahnya Mengemas Rumah"

I am so excited for this book.
Start from the update from their blog about the launching of this book and it is become to the maximum when the book in my hand.


Taraaaaaa....
Ok.. first.. when i talk to my friend about this book she said
 "Hais.. nak kemas rumah pun kena baca buku"

Yup, for someone who not in my shoe will never understand.
I think if i talk to my mom also she will laugh at me.
I don't blame them.
Ihikssss...

Ok back to the book.
i really like it.. Really..Really..Really..
First the quality of the paper, the interactive picture, the content arrangement and the most important thing is the tips.

It's start from the basic.


The equipment.

Then step by step


Trust me, there is someone in this world yang tak tahu lipat baju tau?

And i just know that we need to vacuum the curtain.


Waaa... Anak saya suka main gulung2 kat langsir yang menjadi sarang habuk almost 1 year..

But the best part that i love is the scheduling.

Many more tips how you manage your cleaning chore daily, weekly and monthly.
And even it has the flow on when, how and where to start in "Mengemas Rumah"
Basic tips but make you feel "Ohhh.. Yelah.. Tak terfikir sebelum ni"

I really advice for you to get the book if you think that..
"Apsal aku mengemas dari tadi tapi masih tak nampak kemas"
"Banyaknya keje rumah nak kena buat, mana nak mula ni?"
So.. Go laju-laju to MPH to get the book by Telaga Biru.


(Baru pas baca blog omputih so lupa nak balik Malaysia)

Dapatkan Buku Mudahnya Mengemas Rumah Sekarang.



Harga : Rm 20.00
Penghantaran : Rm 6.00

Boleh Sms/ Wassap : 
Mama Lynd 
0196038353




Friday, May 10, 2013

Perhatian Kepada Pemenang GA

Salam Jumaat.

Ada beberapa perkara yang nak di highlight :

1. Panggilan Terakhir untuk pemenang GA

8. sumayyahahmad

Puan mungkin terlepas entry keputusan GA hari tu.
Minta pun emailkan alamat dan no telifon untuk tujuna penghantaran hadiah.

2. Kepada 2 pemenang yang lain ch@ dan Honeydear,
hadiah saya akan pos sabtu nnt.
Minta maaf atas kelewatan ini.

Terima Kasih.
Salam Jumaat dan salam fikir apa project HO weekend ni.

Thursday, May 9, 2013

Jom Mengemas : Stor

Assalamualaikum.
Soalan yang selalu berlegar-legar diminda 
"Ada tak ruamh yang xder stor?"
"Kat mana anda simpan barang2 kalau xder stor?"

Satu ketika dulu, stor saya bawah tangga.


Jauh dilubuk hati saya tak suka tempat gelap ni jadi tempat letak barang.
Sebab, susah nak ambil dan menyakitkan mata.
Then bawah tangga ni di transform jadi play area anak-anak.
Boleh refer sini kisah transformasi bawah tangga.

Pindah barang naik atas.


Tu gambar 6-7 bulan lepas.
Dah entah berapa kali kemas dah.
Tapi sekarang rupanya..


Hamik ko.
Kenapa teruk sangat Cik Lynd?
Sebab kemas kat tingkat bawah, segala barang yang tak di pakai bawak naik atas.
So itu lah hasilnya.

Kan dalam Project List saya ada sebut pasal store.


Kalau ikutkan mmg xnak buat store pun. 
Nak guna bilik2 yang ada ni dengan baik.
Tapi nak buat macam mana.
Barang banyak.
Budget xder lagi nak buat pintu bawah tangga so boleh jadikan stor.
So saya kena mencungkil idea macamana nak kemas bilik ni supaya saya boleh guna bilik ni bukan sekadar stor tp boleh berfungsi untuk tujuan lain juga.

Prinsip yang biasa saya guna untuk mengemas adalah asingkan mengikut kategori SIMPAN, DERMA dan BUANG

Dah kategori kan ini, baru lah boleh susun atur dulu.
Saya tak ambil gambar in progress.

BEFORE


AFTER
Masih banyak barang.
Nak letak sume dalam storage box.
Tapi macam xder hati nak selongkar kotak besau tu.
So label je la.


Tengok.
Berapa banayk barang da dalam 1 kotak.
Sekecil2 barang saya tulis sebab malas nak selongkar bila cari barang.
Lagi-lagi bila En Suami "Ma, Mana....."
Memang tension bila kena selongkar semua balik.
(Impian saya adalah nak jual absorber Myvi tu kat besi buruk tanpa pengetahuan En Suami.. Dah sah jahanam masih nak simpan.. Pressure makcik)


Yang part yang makcik suka.


Ini adalah hasil yang akan tidak kekal lama dalam bilik ni.

Yang ni untuk dibuang.


Baju-baju lama yang tak sampai nak kasi kat orang yang kita kenal pakai.
So pilihan yang ada samada buang yang bermaksud totally dispose or
letak je kat kotak "Derma" yang biasa ada kat kawasan perumahan tu.
So yang collect nnt kalau nak pakai dia amik kalau tak boleh buang.

Bakaul pink tu pun nak buang sekali.
Tapi macam kejam pulak.
Sapa nak?

Kipas tu pun nak buang.
Dah patah dah.

Yang ini pulak DERMA.



Yang ni betul-betul derma.
Baju baby dan baju tshirt and jeans lama.
Nak bawak balik kampung.
Memang ada yang request.
So memang terasa macam dah mengantuk disorong bantal la.
Memang banyak barang nak buang sayang nak kasi kat orang tak tau sapa.
So rezeki saya la bila ada orang yang mintak.

Antara barang lain yang saya nak buang

Rak pinggan.
Dah berkarat tapi masih kukuh.

Printer.
Dah rosak.
Tapi sayang nak buang.
Ada tak tempat yang nak printer rosak ni?
Amik free pun tak per janji bukan saya yang buang printer tu.

Satu lagi fakta menarik tentang stor ni.


Tayar pun ada.
Jenuh pikir mana nak sorok.
Akhirnya kat bawah baby cot tu dia bersemadi.
Nilah jadinya bila Sang Suami nak simoan semua benda.

Target saya untuk bilik ni adalah nak jadikan wardrobe room.
Sekarang ni kat tingkat bawah tempat kami bersiap dan letak pakaian.
Saya memang nak guna tingkat atas ni sepenuhnya. 
So ni antara progressnya.

Macamana anda menyusun barang yang tidak digunakan?
Apa yang ada dalam store anda?

Jom Kongsi.



Wednesday, May 8, 2013

Idea Anda : Diapers Arrangement

Assalamualaikum dan salam hari yang bersemangat.
Saya pun bersemangat nak share entry pertama untuk ruangan IDEA ANDA.

Sebenarnya dah lama saya cari idea macamana nak letak diapers anak-anak ni.
Saya just letak je dalam almari dan koyak je plastic diapers tu.
Xkemas and kadang-kadang susah nak ambil.
Terfikir nak guna diapers bag tapi tak jumpa yang sesuai untuk almari ni.

Dan bagai rezeki dan jodoh, ch@ dari blog Hijau Canti buat entry mengenai bagaimana dia susun CD.
Boleh refer sini.

Macam ni lah ch@ susun CD-CD.


Kemas dan nampak meriah.
So  makcik tanpa segan silu mengaplikasikan idea tersebut di rumah saya.

Jika sebelum rupanya begini.

Dan selepas,


Senang nak ambil dan nampak kemas.
Terima kasih ch@ untuk idea ni.


Anda ada idea yang ingin dikongsi?
Just email :sitinorhas_linda@yahoo.com


Tuesday, May 7, 2013

Idea Anda : Pengenalan

Assalamualaikum dan salam selasa.
Mood pilihanraya dah reda?

Mari kita naikkan mood nak ber Home Organizing pulak.
Pengunguman yang saya rasa membuatkan anda mesti excited kot.

Saya create 1 Lable baru yang dipanggil IDEA ANDA.
Dalam ruangan ni saya akan kongsi idea-idea yang menarik dari blog-blog yang saya lawat.
Dan jika idea tersebut saya ambil dan aplikasikan di rumah saya pun saya akan kongsi.
Ni baru betul Sharing is Caring.

Anda inspirasi saya.
Dan kepada sesiapa yang ada idea yang mahu dikongsi anda boleh beri link idea anda atau kepada yang tiada blog boleh hantar email dan saya kongsi idea anda di sini.

Email : sitinorhas_linda@yahoo.com

Entry pertama idea anda akan publish esok.
Tunggu..



Monday, May 6, 2013

Keputusan GA

Assalamualaikum.
Orang sibuk dengan keputusan PRU 13,
awak sibuk dengan keputusan GiveAway seciput awak.

Tak kira.
Nak jugak announcekan.

Pertama-tamanya saya minta maaf juka Puan-puan rasa hadiah saya tak besh.
Hanya ini yang saya terfikir untuk sesuai.
Dan budget pun sedang-sedang sahaja.
Harap puan-puan berpuashati ye.


Pemenang Bagi 10 Follower Pertama adalah :

3. HoneyDear

Yang memenangi :


Set Cointainer Pink dari Cosway

Dan 2 Pemenang yang lain adalah : 

8. sumayyahahmad


Yang Memenangi :



Set Container Purple dari Cosway

Kepada Pemenang, Sila emailkan detail anda ke 

sitinorhas_linda@yahoo.com

Untuk tujuan penghantaran hadiah.

Harap Follower yang lain ok ye.
Lain kali saya buat lagi GA yang lebih best.

Anywaya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada follower yang berminat dengan blog Hidupku Rumahku Terurus.

Kerana anda blog ini diwujudkan dan insyaAllah kerana anda blog ini akan terus bernyawa.