Monday, July 8, 2013

Ramadhan Cleaning

Assalamualaikum.
Rindu kalian.
Rindu update project.
Dan minggu ni insyaAllah saya menjanjikan perkongsian beberapa project yang saya dah buat for this few weeks.

Kalau omputih terkenal dengan Spring Cleaning.
Saya tak sure maksud sebenarnya.
Tapi Kalau ikut Wikipedia, Spring Cleaning adalah kerja2 bersihkan rumah secara besar-besaran dan dijalankan secara tahunan.
Pada musim Spring dah start panas so sesuai la untuk mengemas rumah.

Dan mungkin secara peribadi, ada satu ketika saya nak "reset" keadaan dan persekitaran rumah saya.
Dimana saya akan bersihkan rumah secara besar-besaran meliputi semua ruang dan keluar sikit dari jadual rutin untuk maintain rumah.

Dan salah satu musim yang biasanya saya akan "reset" ini adalah sebelum Ramadhan.
Bersiap sedia untuk menyambut Ramadhan dengan keadaan rumah yang paling bersih, suci, tenang dan tersusun.

Dan last weekend saya da buat beberapa project untuk Ramadhan Cleaning ini.
Meliputi beberapa ruang yang akan dikongsi dalam entry akan datang.
Apa yang saya buat untuk Ramadhan Cleaning.

1. Check barang perlu dan tidak perlu lagi.
Dan setelah dikenalpasti boleh lah dibuang, didermakan atau disusunatur secara sistematik.

2. Bersihkan dan Sucikan.
Dan berlaku secara deep cleaning.
Maksudnya bukan sapu dan mop seperti rutin biasa.
Tapi macam lap atas almari, bersihakan kipas dan tukar langsir.

Excited sebenarnya nak share tapi takkan nak up dalam satu entry kan?
So nantikan update saya dari masa ke semasa.

So anda pun ada Ramadhan Cleaning?
Atau you name it as Hari Raya Cleaning?



Jom Share dan boleh sertai GA Jom Bersihkan Rumah yang masih berlangsung sehingga 24 July.

1 comment:

  1. ahaaa bolehla tu hari raya cleaning. pembersihan versi melayu. aku taktau pe nak buat lg ngn rmh aku. hahaa, baru pas alih almari buku, sofa...buntu.

    ReplyDelete