Showing posts with label Bilik Anak. Show all posts
Showing posts with label Bilik Anak. Show all posts

Friday, October 24, 2014

Kids Bedroom Plan

Wahhhhh.. bukan main lagi bersawang..
Ada je benda dibuat tapi hangin mengupdate tu xder.
Ada gak yang amik gamber before bukan main tapi afternya takder.
Ok.. we talk about latest coming project.
Terdekat lah ni and consider as separuh wajib.
Since tau 3rd pregnancy ni memang kena plan betul-betul nak kena asingkan tempat tidur dengan anak dodet nan 2 ketui tu.
Ok ni list barang yang nak kena sediakan dulu.
 
Ceiling Fan

Consider as wajib no 1.
Sebabnya skarang guna stand fan budak2 dodet tu buat iklan maxis je.
Jerit depan kipas.
Ingat nak beli kipas KDK tu je.
Jimat and tahan.
 
Bed
Dah jumpa 1 kedai ni jual complete set yang ada tempat tido yang bleh sorong tu Rm 600.
Warna putih
Kalau ikea mahal sangat.
Study Set
Ni dah kira optional.
Tapi kesian kt Kaseh guna coffe table nak bt keje.
 
 
 
Curtain

Ni pun optional.
Langsir sekarang agak cacat sedikit.
So nanti tengok la camner.

 
 
Soooo.. ini project october.
Yang tinggal hanyalah semangat supaya mama dapat lepaskan anak tidur sendiri.
Nanti mama rindu nak peluk shium anak.

Monday, June 9, 2014

WIsh List - Kids Room

Assalamualaikum.

Serabut sikit.
Sebab..
Nak macam-macam..
Tapi tak tau yang mana nak di utamakan.

Lagipun impian perlu di dokumenkan untuk membuatkan impian semakin hampir dengan kita.

Kid's Room

Kaseh 4 tahun dan Awatif 2 tahun.
Kalau ikutkan dah masa untuk pisah tempat tido.
Tapi maknya ni tak puas peluk cium anak time tido.
Bila jaga tengah malam ada benda nak di peluk.

Tapi bila tnegok bilik bersepah dengan bantal dan selimut.
Rasa macam nak pisah cepat2.

So i kena realisasikan bilik budak2 ni dulu.

Tapi untuk melabur ke barang2 lain benda pertama is air cond.
Keselesaan.
Kalau bilik cantik tapi tak selesa memang tak jalan la misi ni.
Sebeb tu tak gerak sebab memang nak melabut untuk air dulu baru boleh move to yang lain-lain punyer barang.

I Can Get It By this year.

Inspirasi / Idea Bilik Anak Perempuan
I nak combination Green and Pink.
Not too greenish and too pinky.




List To Buy

Air Conditioner
Ceiling Fan
Bed
Painting
Built In Wardrobe

Kita tulis dulu.
Impian akan jadi lebih dekat.

Love You.

Thursday, June 5, 2014

Jom Kemas-Kemas Mainan Anak

Assalamualaikum.
Selamat datang Syaaban.
Semoga Ramadhan sempat ku sambut.

Entry takder apa sangat.
Just nak share kemas-kemas spontan last weekend night.
Kalau citer pasal mainan anak ni.
Memang gerun.
Pantang nampak elok sikit, mesti dipunggah.
Bagaikan satu dosa mainan tu tersusun elok,
dan bagaikan kepuasan tidak terhingga bila mainan tu di tunggang terbalik.
Dan di biarkan berlonggakan.
Ouhhh anak..

Nak susun elok-elok macam bilik Qaleef Aty Fareed ni?


Boleh.
Tapi lepas susun, tutup pintu, kunci.
Gerenti kemas sampai bila-bila.

Sebab dah mati kutu tak tau nak susun camner.
Sudahnya sorok.
Letak mainan skit2 je.
Pastu kemas store jumpa la kotak2 mainan tu.
Rasa macam nak buang je semua.
Tapi macam tak kanak-kanak plak rumah kalau takde mainan.
Kang tiba2 nak guna melilau cari.
(So far tak pernah lagi jadi keadaan cari mainan ni)

So memandangkan tak bleh tido.
Saya keluarkan semua mainan.





Sorting yang mana nak buang and nak simpan.
Then letak dalam kotak ikut kategori.
Dan taknak letak dalam banyak2 kotak saya guna 1 kotak tapi buat partition.


Siap.
Letak balik dalam store.
Hehehehe..
Kejam punyer mak.

Tak dapat mainan, dipunggah pulak baju lama.
Takper la nak.
Mak redha.

Tuesday, April 30, 2013

Bilik Anak-Anak

Tak sabar nak share barisan-barisan project yang on going.
Mula-mula nak teruskan dulu sesi mukaddimah.
Tapi nampaknya jiwa ini meronta-ronta nak cepat-cepat lepaskan entry.

Sebenarnya ni project category belom siap.
So saya update step by step.

First entry mengenai project di Hidupku Rumahku Tersusun adalah mengenai bilik tidur anak-anak perempuanku.
Cinta hatiku.
Tak tahulah nak panggil bilik tidur, mereka tak tidur dalam bilik ni.
Mereka masih tidur dengan saya.
Tengah cari masa yang sesuai untuk asing tidur dengan chenta hati saya yang berdua itu.

Nak kata play room siap ada tilam bagai.
Tapi saya suka cara Aty dari Aku bukan Bidadari

Walaupun anak dia tido ngan dia, tapi dia dah ajar Qaleef mengenai "bilik sendiri".
Bersiap dan bermain dalam bilik sendiri.

Saya?
Semua rembat kat satu tempat kat bilik bawah.
Tu pun akan jadi 1 project, nak susun balik fungsi setiap bilik kat rumah ni.

Ok back to cerita bilik anak-anak tadi lah.
Saya memang nak wujudkan ni "bilik Kaseh / Awatif"

Asalnya bilik ni memang kosong.
Hanya ada tilam sahaja.
Dah lebih 3 tahun dok rumah ni.
Awal tahun hari tu mula timbul idea nak wujudkan bilik anak-anak.

So pelan-pelan kayuh.
Mula jait langsir.
Cari-cari idea.
Mula ajar-ajar Kaseh tentang "bilik Kaseh.

So status sampai sekarang saya sudah mula masukkan barang-barang mainan anak-anak.
At least sesekali adalah msuk juga bilik ni.

Gambar yang betul-betul BEFORE tu xder plak.
Sebab kalau ikutkan memang hanya tilam nan satu je.
Then 2 bulan lepas letak langsir.
Dan kotak mainan yang lama.

Dan update terkini adalah kotak permainan anak-anak.
So hasilnya,

Before : 


After : 

Untuk kotak mainan pulak.

Before:


After :




Kotak mainan yang saya beli di Mr DIY.
Nasib ngam-ngam masuk dalam rak ni.
Rak ni asalnya pun untuk play area anak-anak kat tingkat bawah.
Boleh refer entry ini.

Masih belum lengkap.
Antara barang-barang yang melengkapkan fungsi bilik ini adalah.



Ceiling Fan with LED Light
Evamatik Mat
Wall Sticker / Future Wall

Yang last sekali tu lebih kepada hawa nafsu.
Hehehehe...
Xder kaitan pun dengan fungsi.

So kumpul duit dulu.