Thursday, June 27, 2013

Lebih Kemas Dengan Cangkuk

Assalamualaikum rakan-rakan.
Setiap hari rasa bersemangat tengok Dashboard Blogger, sebab hari-hari ada je update susun atur dari rakan-rakan.

Best di sulami rasa cemburu sebab tak berkesempatan nak up entry sendiri.
Keep it up friends.

Satu ketika ketika dulu, saya memang tak berapa gemau dengan hook / cangkuk.
Sebab mesti terbayang ini.



Dengan jean, jacket and segala bagai mak nenek.
Then bila da penuh baru la teringat nak masuk bakul n basuh.

Tapi sebenanya dalam sesetengah situasi cangkuk memang sangat berguna.


Selain kemas, tak perlu lagi dok angkat bila asik jatuh je.
Kaseh pun tau mana nak letak and ambil penyapu bila disuruh.



Saya guna yang jenis paku sebab lebih kukuh dan senang sebab pintu kayu.

Kemudian, bag sekolah anak-anak.


Kalau sebelum ni main letak je.
Atas iron board, meja makan dan atas almari.
Dengan hooking macam ni lagi kemas.
Yang paling penting melancarkan pergerakan saya bila nak sediakn baju nursery pagi-pagi.




Saya guna hook yang guna gam.
Tap nak tampal kena bakar sikit kasi gam cair sikit then baru lekatkan.
Kuat sikit berbanding yang jenis double tape.
Saya beli kat Daiso.



Kemas la sikit

Then cangkuk yang paling saya suka dan terasa sangat berkesan dalam susun atur barang dapur adalah cangkuk belakang pintu kitchen cabinet.


Sampai sekarang saya masih tak jumpa cara macamana nak susun kutleri kat dapur rumah ku.
Kebanyakan orang letak dalam drawer dan ada tray macam ni.


Tapi untuk kitchen cabinet saya, terasa macam xkemas.
Mungkin sebab barang2 tu tak seragam.
So susun macamana pun tetap rasa tak kemas.

Hasil carian dan perkongsian rakan-rakan jugak la saya dapat idea ni.
Terima kasih.

So cangkuk ni mmg sangat praktikal kalau kena cara dan tempatnya.
Apa yang perlu di konsider bila guna hook adalah :

1. Safety - Pastikan kedudukan hook x mengganggu laluan yang boleh mengakibatkan tersangkut.

2. Beban - Macam handbag yang berat xsesuai nak hook sebab boleh menyebabkan bag rosak di bahagian tali.

So bagaimana penggunaan cangkuk dirumah anda?
Jom Kongsi.

Dapatkan buku Mudahnya Mengemas dengan harga termasuk penghantaran 
RM 26 (Semenanjung) dan Rm 29 (Sabah/Sarawak)

Email ke sitinorhas_linda@yahoo.com
Review Buku Disini



Monday, June 24, 2013

Organising World

Assalamualaikum..
Hais...

Da naik semput dah dengan dunia home organising yang semakin menular ni.
Rasa cemburu menguasai diri.
Cemburu positif ye.

What happening now in the Home Organizing On the Blogger..

GA Jom Menang Set Bekas Ikea dari Fizah 
masih berlangsung sehingga 30 June ini

Dan juga dari Fizah Susun Atur Sioca
masih berlangsung sehingga 10 July

Blog Aku Bukan Bidadari dari Aty Fared
sudah kembali aktif dengan entry-entry Home Organising and parenting.
Wahhhh.. Entry yang ditunggu-tunggu setiap hari.

Blog My Exclusive Expressing dari Hayatie Hashim
dengan kisah renovation rumah barunya.

Blog Familyini dari Asma,
Idea-idea HO beliau yang buat saya menbuka mata dan ayat "yela, kenapa aku yak buat gitu eak?"

Hais.. banyak la blog-blog terjahan saya setiap hari.
Terima kasih atas semangat yang kallian berikan.

Cerita saya?
Ada yang perasan tak saya macam tak aktif?
Tak aktif mengupdate tapi aktif mengikiuti perkembangan kawan-kawan.

Ada beberapa perkaran mengenai HO yang boleh dikatakan IN PROGRESS,
so tunggu masa siap baru nak up.
So dalam masa terdekat nantikan,

GA seterusnya dari Rumahku Hidupku Terurus.
Yang buat lama tu sebab tiada idea untuk kasi hadiah.
sekarang dah ada idea yang sesuai dengan tema,
so harap saya dapat jumpa masa untuk gi beli, snap gambar dan lancarkan.

Make Over Ruang Tamu
Project ni project pening.
Serba tak kena.
Tapi tak sabar nak upkan.
Da siap saya lancarkan.

Kemas kini dapur
Bahagian ni never ending story.
Ada je perkara yang dibuat untuk melancarkan kerja-kerja di dapur.

Store
Huaaaa... bnyaknya project sekali gus.
Tu yang satu pun tak bertukar status COMPLETE.

Haissss..
Harap di permudahkan untuk perjalanan project-project saya.


Friday, June 14, 2013

Langkah 6 : Enjoy your weekend and Wrap Up

Langkah terakhir..
Nikmatilah hari2 minggu bersama keluarga dengan sepenuhnya.
Ini base pengalaman sendiri dan apa yang saya rasai sendiri.

Klau dulu dok fikir keje rumah apa yang nak setel dlu dan macamana nak handle anak2.
Tapi sekarang saya fikir, aktiviti apa untuk kami sekeluarga hari minggu nanti.
Kalau dulu memang tension dapat undangan apa2 tapi sekarang saya yang excited untuk memenuhi undangan.
So girls.. Everything in your hand..
Jangan kata kita tiada masa untuk keluarga kerana kita perlu bijak menguruskan masa dan tugasan kita.

So jom review balik segala Langkah Mengemas Rumah Dalam Masa 15 Minit.







So Girls.. apa lagi..
Jom mulakan niat dan target untuk bergembira dengan keluarga tanpa mengabaikan rumah kita.

Hidup dengan gembira dan bebas stress.

Keluarga kita adalah No 1.

Jangan bazirkan masa dengan sibuk mengemas dan membiarkan anak dan suami tanpa kita.

Jom Mulakan..

Nantikan minggu depan Giveaway akan dilancarkan berkaitan mengemas rumah.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku "Mudahnya Mengemas"
Sila email ke sitinorhas_linda@yahoo.com

Thursday, June 13, 2013

Langkah 5 : Semak

Sudah hampir sampai ke kemuncak kejayaan.
 Kembali ke senarai awal kita dalam langkah 1.
Dalam hari Khamis or Jumaat, semak balik kat area mana lagi kita belom cover.
Kalau kita selalu laksanakan 1 hari 1 tugas tu seharusnya yang tinggal hanya 2-3 area lagi yang belom di bersihkan.
So just setelkan.

Dan jika kita ada lebih masa or anak tidur awal pulak kebetulan malam tu, apa salahnya curi 1-2 tugas weekend untuk dilaksanakan pada hari tersebut.
Macam kalau dah sapu dan kemas ruang tamu, tengok2 terajin and ada masa pulak, why not terus capai mop and menarilah anda dengan tarian tango penyapu.

Cuba bayangkan anda tersadai bersama dengan anak-anak dihujung minggu.
Melihat mereka ketawa dan main kejar2.
Waaaaa... 

Ok? Semangat nak nak mengemas?

Wednesday, June 12, 2013

Langkah 4 : Jom Lakukan..

Just Do it.
Enjoy your 15 minutes.
Tak Perlu tentukan masa specific untuk lakunya.
Boleh jadi sebelum tido, sebelum pegi keje, sambil mandi, sambil main dengan anak.
Tapi yang penting 1 hari mesti ambil 1 tugas.
Yang ni perlu remind diri sendiri setiap hari.
Supaya kita tak kumpul semua tugas tu untuk 1 hari atau untuk hujung minggu.

Dan 1 lagi tips untuk meringankan beban.
Jadikan amalan untuk pick atau ambil apa sahaja di laluan anda.
Tengok baju anak kat lantai.
Just ambil and masuk bakul.
Mungkin banyak lagi barang lain yang bersepah, tapi ambil at least 1 barang.

Jangan berjalan dengan tangan kosong.
Begitu juga untuk rumah 2 tingkat.
Sebelum naik ke tingkat atas, fikir dulu apa yang perlu / boleh dibawa.
Begitu juga bila turun.
Jadikan amalan toleh dulu sekeliling apa yang boleh dibawa turun.
Macam baju kotor ke, hanger ke.
Sound silly tp bila kita nak pakai dan barang tu dah sedia ada, terasa begitu nikmat.

So just do it and we will see and feel the happiness.
Anda ada tips mengemas yang lain?
Jom-jom kongsi.

Langkah 3 : Peralatan

Langkah ni penting dan 70% dari kejayaan project ini adalah bergantung kepada langkah ke 3 ni.

Kenapa saya katakan begini?
Untuk kerja yang memerlukan masa yang pendek selama 15 minit ini,
kita perlu elakkan perkara yang membazir masa dan mengundang rasa "Nantilah"

Antara perkara yang perlu dielakkan adalah kerja mencari / mendapatkan peralatan membersih.

Apa perasaan anda bila nak mula menyapu kat tingkat atas, penyapu berada kat tingkat bawah.
Kalau saya, malas la nak turun pastu naik balik.

Dan teknik "sambil" tak dapat dilaksanakan bila kita perlu keluar untuk mendapatkan peralatan.

Sebagai contoh

1. Sediakan 2 set peralatan membersih untuk rumah 2 tingkat.
Satu untuk tingkat atas dan 1 untuk bawah.
Sebenarnya idea ni saya dapat dari iheartorganising.
Saya terbaca di salah satu entry dia.
Tak jumpa da entry tu.
Sorry ye xdapat nak link.

2. Setiap bahagian ada penyapu dan tempat penyimpanan sendiri.
Contohnya penyapu belakang rumah dan depan rumah.
Adakah anda rajin nak ulang alik ambil penyapu?
Kalau saya tidak.

So kemudahan peralatan membersih sangat lah penting.
Anda ada berapa set penyapu di rumah?

Tuesday, June 11, 2013

Langkah 2 : 1 Hari 1 Tugas

Assalamualaikum.

Move to the next step.
1 hari 1 tugas.
Ada 2 cara nak gunakan.

Cara 1 : Jadualkan
Maksudnya kita dah tetapkan hari apa untuk tugas apa.


Sebagai contoh.
Tapi nama je 1 harri 1 tugas.
Tapi cuba tengok terutama untuk tingkat atas.
Banyak ruang yang saya tetapkan untuk di kemas.
Saya dah check untuk ruang ini, saya perlukan kurang dari 15 minit kalau nak kemas.
Kawasan 1 level and kecil so sekali harung kemas.
Dan terbukti kurang dari 15 minit.

Dan setiap hari yang saya tetapkan untuk dikemas itu ada tujuannya.
Sebagai contoh ruang tamu saya tetapkan hari jumaat.
Sebab pagi sabtu saya hanya perlu kemas sikit2 sebelum saya mop.
Kalau saya baut awal2 minggu, nak tunggu weekend macam lambat untuk mop.
So saya kena kemas sekali lagi untuk tugas mop.

Cara 2 : Tandakan

Saya lebih suka kaedah ni.
Sediakan 1 senarai tugas yang kosong di awal minggu.
Yang mana tugas yang saya dah buat saya tandakan.
So khamis and jumaat saya tinggal check je ruang mana yang belom dikerjakan.

Saya jenis suka buat keje "Sambil"
Sebagai contoh, sambil mandi saya cuci toilet sekali.
Sambil sidai baju saya sapu sekali kat ruang belakang rumah tu.
So kita tak perlu stick to the 1 jadual.
Yang mana boleh dibuat "Sambil" kita boleh teruskan.

So readers..
Clear tak apa yang saya terangkan 1 hari 1 tugas tu?
Senang je.
Dan kita tak rasa pun 15 minit tu berlalu.
Tapi hasilnya kita akan rasa di hujung minggu nanti.

Dah buat list?
So kaedah mana yang anda lebih suka.?

Monday, June 10, 2013

Langkah 1 : Senaraikan

Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan.
Cabaran bermula dengan Langkah 1 : Senaraikan.

Apa yang perlu disenaraikan?
Ok, sebagai permulaan, kita senaraikan dahulu keje-keje mengemas / membersihkan yang biasa kita buat setiap minggu.

Sebagai contoh cuci toilet, sapu ruang tamu, bilik dan sebagainya.
Keje yang kita perlu buat setiap hari tu tak perlulah macam cuci pinggan mangkuk dan lap dapur.
Dah sah-sah tugas ni kita perlu buat setiap hari kan.

Senaraikan mengikut bahagian rumah.
Dan untuk rumah saya adalah macam ni.


Boleh tengok senarai di atas saya tak masukkan Kitchen.
Sebab dapur seharusnya lepas makan memang kena kemas terus kan?

Senarai saya ni base on Pick and Sweep konsep.
Maksudnya, hanya untuk kerja-kerja AMBIL barang-barang yang tidak berada di tempat sepatutnya dan diletakkan di tempat asal.
Dan kemudian SAPU.

Kalau nak konsider lap peralatan dan mengemop lantai.
Kalau anda mampu lakukan kenapa tidak?
Task ini bertujuan supaya kita dapat memendekkan kerja hujung minggu, mungkin dari 1 hari penuh kepada setengah dari sahaja.

So reader.
Jom keluarkan senarai untuk rumah anda.

Intro : 6 Langkah Membersihkan Rumah Dalam Masa 15 Minutes

Assalamualaikum Readers.
Hari pertama mula sekolah selepas cuti 2 minggu?
Bagi orang yang tak punyer anak sekolah macam saya perbezaannya hanya "Jalan Jem".
Bahagian ni yang buat saya rasa biarlah cuti skolah lama-lama sikit.

Ok.. sit back friends.
Cabaran minggu ni adalah all about cleaning.
Secara kebetulan atau mungkin sebab passion in Home Organizing,
topic cleaning ni saya akan present dalam eveluation presentation on Train the Trainer lagi 2 minggu.
Saja pilih tajuk not work related sebab nak relax sikit la.



So outcome untuk semua pembaca pada akhir minggu ini adalah
Peserta mampu merancang dan menggunakan 
6 Langkah Untuk Membersihkan Rumah dalam Masa 15 Minutes

Menarik?
Masa saya cadangkan tajuk ni semasa sesi training, ada bapa muda kepada 2 orang anak lelaki feedback kepada saya
"Huis, nak tahu jugak ni. Isteri saya kemas rumah sepanjang hari tak siap-siap"

Membuat kan saya sengeh lebar sebab itulah saya satu ketika dulu.
Lagi buat saya rasa excited nak sediakan bahan.
Ingatkan tiada yang minat.

Sebenarnya kalau dulu, hujung minggu kadang kala menjadi hari yang stress.
Mau taknya, semua benda nak kena setelkan sebelum isnin supaya weekday menjadi hari yang lancar sebelum berjumpa dengan next weekend.

Dari pagi lepas sarapan, mula kemas ruang tamu, vacuum, lap dan mop.
Bagi yang ada anak yang sedang membesar, keje 30 minit boleh jadi 2 jam.
Dengan di selang seli dengan menguruskan laundry.
Belom lagi nak minta tolong kerjesama  En suami jaga anak bila kita mula mengemop.

Then tengahari mula hala ke dapur sambil sediakan lunch.
Yang ni pun ada cabaran, bila anak pegang kaki masa kita buat keje.

Lepas lunch, rehat kejap sambil tidokan anak.
Then masa anak tido mop dapur pulak.
Kalau sempat mop kat tingkat atas sekali.

Bila hala ke petang, baju semuanya dah kering,
keja iron baju bermula.
Masa tak jumpa solution cara iron baju dengan cepat dulu, saya peruntukan masa 2 jam untuk iron baju kami suami isteri untuk seminggu keje.

Fasa ni pun stress bila anak pegang kaki and request itu ini.
So dah petang dah penat, hari berlalu begitu sahaja dengan jerit pekik kat anak sambil buat keje.
Dengan jeling-jeling manja (kadang2 ketap gigi) minta sang suami tolong jaga anak.

Then saya terfikir.
Ruginya hari cuti saya.
Kan bagus kalau saya dapat tergolek-golek dengan suami and anak-anak.

Then blog-blog Home Organising memang sangat membantu saya dalam menangani isu ini.

Saya rasa saya mula buat mcam ni lepas Awatif ada.
Sebab bila anak dah 2 everything macam out of control.
Tak boleh buat keje kita dengan 2 orang anak.

Dan sekarang weekend saya yang tanya ngan En Suami, 
"Apa kita nak buat hari ni pa?"

Kalau dulu suami yang tanya macam tu dan saya yang jawab 
"Banyak keje yang ada dalam to-do-list ni. Nak tolong?"
Tolong tak ajak saya keluar rumah pun dah cukup bagus.

Berminat?
Nantikan rangkaian entry-entry yang akan datang.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku "Mudahnya Mengemas"
Sila email ke sitinorhas_linda@yahoo.com

Tuesday, June 4, 2013

Apa yang saya perlukan untuk ruang tamu?

Dah tengok ruang tamu rumah saya?
Ada yang komen rumah saya besau.
Faktor rumah ni nampak luas adalah dari luar rumah ni hanya la berbentuk 4 segi.
Maksudnya takde design moden yang lekuk sana sini.
Developer menggunakan keluasan 20 x 70 kaki sepenuhnya.
Macam kotak yang biasa tengok raksaksa dalam citer ultramen musnahkan tu.
Developer budget orang nak renovate punyer so abaikan nilai estetikanya.
Yang bagusnya ruang dalam rumah lapang la.

Setelah di belek dan dikaji.
Ada la beberapa ketui idea yang logic akal untuk diterima pakai dengan budget yang rendah.

Warna Ruang

Terutama pada feature wall saya yang gothic itu.


Ada beberapa pilihan dalam senarai.

A. Feature Wall Striped


Cat je.
Combine dengan warna sedia ada.


B. Wall Paper


Berbanding cat, wall paper agak mahal.
Lagi pun dinding tu luas.


C. Totally White



Perabot rumah saya semuanya hitam.
So terfikir nak lapangkan dada, nak cat sume dinding warna putih.
Huhh.. Sofisticated habis la.

Console Table


Nak menggantikan coffee table ni


Selain boleh buat charging station, saya nak cari console table yang ada drawer.
So sang suami boleh letak wallet and kunci bagai kat dalam drawer.
So saya tak perlukan bakul extra macam sekarang.

Wall Deco

Dan seiring dengan console table,
idea seterusnya adalah wall deco macam ni.


Samada gambar general or gambar family.
Or letak cermin besar.

Selain area console table tu.
Ada beberapa lagi dinding yang boleh diguna pakai.


Lapang lagi dinding tu.
Nak buat main squash pun boleh.


Antara idea yang boleh di ambil.

Set Sofa
Budget paling besar.



Dengan budget yang sempit dan sendat tak boleh la nak berangan set sofa gempak mana. 

Ada beberapa perkara lagi yang berlegar2, mcam langsir dan bunga hiasan.

Kalau ikut berangan memang nak macam2.
Built in cabinet TV, plaster ceiling.
Tapi kita perlu adil kepada kawasan lain jgak.

Anda ada idea tak nak membantu saya membuat pilihan?

Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku "Mudahnya Mengemas"
Sila email ke sitinorhas_linda@yahoo.com
 atau 
Wassap / Sms : 0196038353



Monday, June 3, 2013

Penjualan Buku "Mudahnya Mengemas"

Assalamualaikum.
Berita baik kepada sesiapa yang ingin mendapatkan buku
"Mudahnya Mengemas"
Boleh dapatlam review saya mengenai buku Mudahnya Mengemas disini.


Anda boleh order buku tersebut melalui saya dengan harga
RM 26.00 (Termasuk Penghantaran)


Siapa yang berminat boleh email saya di

Ruang Tamu Saya

Assalamualaikum.
Dalam cobaan untuk back to the trek.
Pun masih berkira-kira samada nak mula sekarang atau lepas semua event selesai.
Saya ni jenis yang kalau ada urusan yang sedang menunggu, urusan lain saya tak boleh fokus.
Last week balik kampung sempena wedding adik, next week cadangnya nak ke Kedah sebab Pak Long kawin.
Urusan unpack minggu lepas pun baru selesai, ni nak out station lagi.
So jiwa tak fokus.

Apa yang saya jauh sangat ke tengah laut tu?
Ok.. kembali ke tajuk asal.
Ruang tamu saya sangat la berkonsep "Tak dak apa nak tunjuk".
Adik beradik minimalis tapi ni lagi minimum tahap lapang.
So saya tak eksited sangat nak organise ruang tamu.
Lagi pun apa yang nak di organise kan kalau dah namanya konsep lapang padang bola.
Heeee..
Nak tengok bertapa minimumnya ruang tamu saya?
Jap nak fikir dulu..
Nak tunjuk ke tidak..
Erm.. Seperti biasa Cik Lynd memang tak malu.


 Boleh dikatakan sume perabot beli masa mula2 masuk rumah ni 4 tahun lepas.
Dan sekadar cukupkan syarat je orang kawin baru masuk rumah baru.
Tapi sampai anak 2 macam tu jugak rupanya.



Haaaa.. Percaya tak cakap i?
Minimalis tahap padang bola.
Ouhh kecik sikit kot.. Gelanggang futsal..
Setakat ada tiang gol je..

Coffee table yang jadi tempat charge HP dan bag keje papa.


TV cabinet yang lapang boleh buat main ping pong.

Dinding yang boleh disewakan buat letak papan iklan.


Tapi 2-3 bulan ni baru tersentak / tersentap / tersedar yang ruang tamu rumah saya ni macam rumah sewa orang bujang.
Tak der ciri-ciri kefamilian yang mana sepatutnya ada deko-deko ke hape ke.
So otak ni pun mula menjalankan tugas memikirkan apa yang boleh dibuat dengan budget yang minimalis tapi impact maximum.
Huhhh.. Mana nak dapat cik Lynd oiiii..

Fikir pasal cat la, sofa la, alih perabot, langsir, frame gambar la.
Macam-macam.

Ada idea tak pembaca yang disayangi sekalian?