Assalamualaikum rakan-rakan.
Setiap hari rasa bersemangat tengok Dashboard Blogger, sebab hari-hari ada je update susun atur dari rakan-rakan.
Best di sulami rasa cemburu sebab tak berkesempatan nak up entry sendiri.
Keep it up friends.
Satu ketika ketika dulu, saya memang tak berapa gemau dengan hook / cangkuk.
Sebab mesti terbayang ini.
Dengan jean, jacket and segala bagai mak nenek.
Then bila da penuh baru la teringat nak masuk bakul n basuh.
Tapi sebenanya dalam sesetengah situasi cangkuk memang sangat berguna.
Selain kemas, tak perlu lagi dok angkat bila asik jatuh je.
Kaseh pun tau mana nak letak and ambil penyapu bila disuruh.
Saya guna yang jenis paku sebab lebih kukuh dan senang sebab pintu kayu.
Kemudian, bag sekolah anak-anak.
Kalau sebelum ni main letak je.
Atas iron board, meja makan dan atas almari.
Dengan hooking macam ni lagi kemas.
Yang paling penting melancarkan pergerakan saya bila nak sediakn baju nursery pagi-pagi.
Saya guna hook yang guna gam.
Tap nak tampal kena bakar sikit kasi gam cair sikit then baru lekatkan.
Kuat sikit berbanding yang jenis double tape.
Saya beli kat Daiso.
Kemas la sikit
Then cangkuk yang paling saya suka dan terasa sangat berkesan dalam susun atur barang dapur adalah cangkuk belakang pintu kitchen cabinet.
Sampai sekarang saya masih tak jumpa cara macamana nak susun kutleri kat dapur rumah ku.
Kebanyakan orang letak dalam drawer dan ada tray macam ni.
Tapi untuk kitchen cabinet saya, terasa macam xkemas.
Mungkin sebab barang2 tu tak seragam.
So susun macamana pun tetap rasa tak kemas.
Hasil carian dan perkongsian rakan-rakan jugak la saya dapat idea ni.
Terima kasih.
So cangkuk ni mmg sangat praktikal kalau kena cara dan tempatnya.
Apa yang perlu di konsider bila guna hook adalah :
1. Safety - Pastikan kedudukan hook x mengganggu laluan yang boleh mengakibatkan tersangkut.
2. Beban - Macam handbag yang berat xsesuai nak hook sebab boleh menyebabkan bag rosak di bahagian tali.
So bagaimana penggunaan cangkuk dirumah anda?
Jom Kongsi.
Dapatkan buku Mudahnya Mengemas dengan harga termasuk penghantaran
RM 26 (Semenanjung) dan Rm 29 (Sabah/Sarawak)
Email ke sitinorhas_linda@yahoo.com
Review Buku Disini
umah aida x byk cangkuk kat dinding.
ReplyDeletesemua di belakang pintu, cangkuk yg disangkut bukan dilubangkan kat dinding or pintu.
everything belakang pintu :-)
Yang jenis sangkut tu mmg bagus sebab xmerosakkan permukaan.. Sayang nak tebuk2 and tak boleh nak alih..
Deletekat rumah su byk gunakan hook ni.senang dan kemas..
ReplyDeleteKan.. Jom kongsi cara Sue guna hook. Mesti best..
Deleterumah kita takde guna sgt cecangkuk ni. ada pun jenis yg panjang tu, sangkut seluar belakang pintu bilik. satu je guna, satu lg terbiar sbb di bilik tetamu. nnt nak cari jugala yg jenis gam ni, sbb nak sangkut sesenduk sesudip tetapis yg bebesar tu tak muat laci kabinet. tq for sharing dear.
ReplyDeletewahh..i like semua jenis cangkuk2 ni.. asal jupe jer beli.. dah tak tahu nk guna kat mana..dinding penuh cangkuk..muahahaa..
ReplyDeleteyg pasti idea sangkut sudip penapis kat pintu kabinet tu double like... nak tiru!!
sangkut penyapu tu dah lama nak buat..tp asyik tertangguh..hehehe..
neway gud sharing dear!
rumah i cam biasa...penuh cangkuk...selagi boleh! ;p
ReplyDeleteSama la..guna cangkuk selagi boleh sbbb nk jimat ruang n sayg nk tebuk dinding umah sewa.
ReplyDelete