Assalamualaikum Readers.
Hari pertama mula sekolah selepas cuti 2 minggu?
Bagi orang yang tak punyer anak sekolah macam saya perbezaannya hanya "Jalan Jem".
Bahagian ni yang buat saya rasa biarlah cuti skolah lama-lama sikit.
Ok.. sit back friends.
Cabaran minggu ni adalah all about cleaning.
Secara kebetulan atau mungkin sebab passion in Home Organizing,
topic cleaning ni saya akan present dalam eveluation presentation on Train the Trainer lagi 2 minggu.
Saja pilih tajuk not work related sebab nak relax sikit la.
So outcome untuk semua pembaca pada akhir minggu ini adalah
Peserta mampu merancang dan menggunakan
6 Langkah Untuk Membersihkan Rumah dalam Masa 15 Minutes
Menarik?
Masa saya cadangkan tajuk ni semasa sesi training, ada bapa muda kepada 2 orang anak lelaki feedback kepada saya
"Huis, nak tahu jugak ni. Isteri saya kemas rumah sepanjang hari tak siap-siap"
Membuat kan saya sengeh lebar sebab itulah saya satu ketika dulu.
Lagi buat saya rasa excited nak sediakan bahan.
Ingatkan tiada yang minat.
Sebenarnya kalau dulu, hujung minggu kadang kala menjadi hari yang stress.
Mau taknya, semua benda nak kena setelkan sebelum isnin supaya weekday menjadi hari yang lancar sebelum berjumpa dengan next weekend.
Dari pagi lepas sarapan, mula kemas ruang tamu, vacuum, lap dan mop.
Bagi yang ada anak yang sedang membesar, keje 30 minit boleh jadi 2 jam.
Dengan di selang seli dengan menguruskan laundry.
Belom lagi nak minta tolong kerjesama En suami jaga anak bila kita mula mengemop.
Then tengahari mula hala ke dapur sambil sediakan lunch.
Yang ni pun ada cabaran, bila anak pegang kaki masa kita buat keje.
Lepas lunch, rehat kejap sambil tidokan anak.
Then masa anak tido mop dapur pulak.
Kalau sempat mop kat tingkat atas sekali.
Bila hala ke petang, baju semuanya dah kering,
keja iron baju bermula.
Masa tak jumpa solution cara iron baju dengan cepat dulu, saya peruntukan masa 2 jam untuk iron baju kami suami isteri untuk seminggu keje.
Fasa ni pun stress bila anak pegang kaki and request itu ini.
So dah petang dah penat, hari berlalu begitu sahaja dengan jerit pekik kat anak sambil buat keje.
Dengan jeling-jeling manja (kadang2 ketap gigi) minta sang suami tolong jaga anak.
Then saya terfikir.
Ruginya hari cuti saya.
Kan bagus kalau saya dapat tergolek-golek dengan suami and anak-anak.
Then blog-blog Home Organising memang sangat membantu saya dalam menangani isu ini.
Saya rasa saya mula buat mcam ni lepas Awatif ada.
Sebab bila anak dah 2 everything macam out of control.
Tak boleh buat keje kita dengan 2 orang anak.
Dan sekarang weekend saya yang tanya ngan En Suami,
"Apa kita nak buat hari ni pa?"
Kalau dulu suami yang tanya macam tu dan saya yang jawab
"Banyak keje yang ada dalam to-do-list ni. Nak tolong?"
Tolong tak ajak saya keluar rumah pun dah cukup bagus.
Berminat?
Nantikan rangkaian entry-entry yang akan datang.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku "Mudahnya Mengemas"
Sila email ke sitinorhas_linda@yahoo.com
Sila email ke sitinorhas_linda@yahoo.com
huiiihhhh mustilaa nk tauuu....;)
ReplyDeletewow..woww..and wooowww
ReplyDeletewuhuuu, hebat2. berdebar-debar bc entry ni Lynd.
ReplyDeletemenarik , 15 minit rumah kemas...
ReplyDelete