Showing posts with label Ramadhan Cleaning. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Cleaning. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Cleaning : LaundryRoom @ Belakang Rumah

Assalamualaikum.
Salam 1 Ramadhan.

Kita sambung lagi the series of antara Ramadhan Cleaning.
Wahhh.. Tajuk gempak.

Next area is : Laundry Room kat Belakang Rumah.


Masa masuk rumah ni memang kat belakang tu sudah di simen.
Sebelum ni letak mesin basuh dalam rumah.
Bila da pasang awning letak je kat luar.


Penjuru ni dulu semak sikit.


Dengan barang-barang bertukang Suami,
pasu-pasu yang tak pakai.

Tapi sekarng hanya tinggal 2 pasu je limau purut dan daun kari.
2 Daun ni je yang saya kerap gun bila nak masak dan nak guna pun sikit sangat kalau nak beli.

Teringin nak tanam serai tapi semak la.
Pasu-pasu lama saya susun kat luar rumah.


Ingat nak bgtau jirn belakang kalau nak pakai just amik je.
Or hangkut balik rumah mertua ku.

Barang barang pertukang macam kayu lama, besi buruk dan mentol lampu kalimantang yang rosak sume dah buang.
Yang tinggal hanya ini.


Ni pun yang dalam plastik tu arang and habuk kayu digunakan masa semangat tanam orkid dulu.
Nanti nak pos jugak rumah mertua ku.
(Heee.. Kesian rumah mertua ku)
Tak sabau nak simplify lagi ruang ni.

Tips and trick untuk ruang ini.
Sapa nak tiru silakan.

Tempat sidai baju yang ni,

Saya buat ala-ala tiang bendera.
(Memang tu pun jiran saya panggil)

Letak pulley yang gantung kat awning.
So lepas sidai baju tarik je naik atas.
So tak mengganggu laluan.



Suke ruang ni bila dah kemas ni.
Terasa lapang dan anak-anak agak bebas disini,

Impian ku untuk ruang ni adalah nak concretekan separuh pagar tu.
So tak payah berselipar kat belakang tu.
Anak-anak boleh main masak-masak nanti.

Monday, July 8, 2013

Ramadhan Cleaning : Stor

Assalamualaikum.
Tak sabar nak share.

Bahagian pertama untuk saya share adalah store.
Saya ada cerita mengenai stor disini.


Kalau ikutkan dalam entry tersebut ada beberapa perkara yang pending.

Seperti ini :

Barang-barang yang mahu didermakan.
Status : DONE


Barang-barang yang tak boleh derma tapi tak sampai hati nak buang.

Macam beg dan selimut.
So apa saya buat saya masukkan dalam box yang warna biru gini.



Box nak donate.
Tapi yang saya jumpa tu macam boleh masuk semua benda.

Mana nak cari?
Saya pun tak sure dan yang saya jumpa ni pun kat taman perumahan yang on the way ke tempat kerja saya.
Kadang2 barang2 tu elok lagi tapi tak samapi hati nak bagi kat orang yang kita kenal guna.
So kalau letak kat sini, orang datang cari and dia boleh decide sendiri nak guna ke x.
Kalau tak guna memang saya relakan untuk dibuang.
Klau boleh guna, terima kasih.

Dan barang-barang tak apa yang nak dibuat.

Saya jual besi buruk.
macam spring absorber myVi yang lama, printer rosak, rak pinggan yang dah berkarat kat atas ni dan stroller rosak.
Saya dapat RM 8.00
Fuhh lega dpat clearkan barang xder status ni.
(Tanpa pengetahuan suami ku)

So Stor saya dah agak lapang.

Sebelum




Selepas


Sekarang



Wah.. nak jugak masuk dari zaman yang sebelum-sebelum ini.
Haruslah biar semua dapat faham perkembangannya.
Heee..

Nampak tak apa lagi perbezaannya?

Perasan tak storage box saya dah bertambah?
Kalau dulu barang-barang banyak dalam kotak ini.


Tapi ada yang da dibuang dan transfer masuk dalam storage box.

Nampak lebih seragam.
Storage box ni saya beli kat tesco.
Masa saya  beli tu RM 16.90 / set.
Tapi last week saya gi harga promosi RM 11.90
Rugi 5 ringgit.
Bukan rezeki nak buat camner.

Untuk bahagian ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada Jaja_Norliza kerana update beliau dalam blog menyebabkan saya dapat idea ini.

HOME ORGANIZING : bilik stor SEMENTARA




Kemaskan?
Next project nak buat Lable macam tu.
Buat sementara sekarang ni saya tampal ngan masking tape je.

Dan bila dah lapang, kemas dan bersih, baru la tergamak saya nak guna bilik ni.
So buat masa sekarang, saya guna bilik ni untuk menjait.


Kalau sebelum ni saya angkut mesin ni ke manamana tempat yang available.
Tapi sepah dan jenuh nak kemas billa keje tak siap.
Kalau tak nanti puteri-puteri saya yang tolong kemas.

Dan ada beberapa bahagian lagi yang saya agak mati kutu.

Baby Cot


Ingat nak buka dan susun je rapat ke dinding. 
So ruang akan jadi lebih lapang.
Tapi barang-barang dalam tu membuntukan.
Terutama Walker dan baby car seat tu.
Ada idea x?

Barangan elektrik.



1 rice cooker, 1 slow cooker, water dispenser.
Ingat nak letak kat rak gini.


Ada jual kat Giant dalam harga RM160.
Tapi akan makan space.
Idea lain, letak je dalam storage box macam yang lain.
So akan nampak lebih seragam.

Tahap kepuashatian untuk ruangan ini adalah 80%.
Buat masa sekarang biarlah ia begitu.
I love my new space untuk menjahit ini.
Dan dah tak layak dipanggil store la pulak kalau dah jadi tempat menjahit.
Janggal bunyinya "Saya menjahit di stor"

So semangat nak Ramadhan Cleaning?
Jom Up kat blog masing-masing dan sertai GA : Jome Bersihkan Rumah

Ramadhan Cleaning

Assalamualaikum.
Rindu kalian.
Rindu update project.
Dan minggu ni insyaAllah saya menjanjikan perkongsian beberapa project yang saya dah buat for this few weeks.

Kalau omputih terkenal dengan Spring Cleaning.
Saya tak sure maksud sebenarnya.
Tapi Kalau ikut Wikipedia, Spring Cleaning adalah kerja2 bersihkan rumah secara besar-besaran dan dijalankan secara tahunan.
Pada musim Spring dah start panas so sesuai la untuk mengemas rumah.

Dan mungkin secara peribadi, ada satu ketika saya nak "reset" keadaan dan persekitaran rumah saya.
Dimana saya akan bersihkan rumah secara besar-besaran meliputi semua ruang dan keluar sikit dari jadual rutin untuk maintain rumah.

Dan salah satu musim yang biasanya saya akan "reset" ini adalah sebelum Ramadhan.
Bersiap sedia untuk menyambut Ramadhan dengan keadaan rumah yang paling bersih, suci, tenang dan tersusun.

Dan last weekend saya da buat beberapa project untuk Ramadhan Cleaning ini.
Meliputi beberapa ruang yang akan dikongsi dalam entry akan datang.
Apa yang saya buat untuk Ramadhan Cleaning.

1. Check barang perlu dan tidak perlu lagi.
Dan setelah dikenalpasti boleh lah dibuang, didermakan atau disusunatur secara sistematik.

2. Bersihkan dan Sucikan.
Dan berlaku secara deep cleaning.
Maksudnya bukan sapu dan mop seperti rutin biasa.
Tapi macam lap atas almari, bersihakan kipas dan tukar langsir.

Excited sebenarnya nak share tapi takkan nak up dalam satu entry kan?
So nantikan update saya dari masa ke semasa.

So anda pun ada Ramadhan Cleaning?
Atau you name it as Hari Raya Cleaning?



Jom Share dan boleh sertai GA Jom Bersihkan Rumah yang masih berlangsung sehingga 24 July.