Monday, June 10, 2013

Langkah 1 : Senaraikan

Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan.
Cabaran bermula dengan Langkah 1 : Senaraikan.

Apa yang perlu disenaraikan?
Ok, sebagai permulaan, kita senaraikan dahulu keje-keje mengemas / membersihkan yang biasa kita buat setiap minggu.

Sebagai contoh cuci toilet, sapu ruang tamu, bilik dan sebagainya.
Keje yang kita perlu buat setiap hari tu tak perlulah macam cuci pinggan mangkuk dan lap dapur.
Dah sah-sah tugas ni kita perlu buat setiap hari kan.

Senaraikan mengikut bahagian rumah.
Dan untuk rumah saya adalah macam ni.


Boleh tengok senarai di atas saya tak masukkan Kitchen.
Sebab dapur seharusnya lepas makan memang kena kemas terus kan?

Senarai saya ni base on Pick and Sweep konsep.
Maksudnya, hanya untuk kerja-kerja AMBIL barang-barang yang tidak berada di tempat sepatutnya dan diletakkan di tempat asal.
Dan kemudian SAPU.

Kalau nak konsider lap peralatan dan mengemop lantai.
Kalau anda mampu lakukan kenapa tidak?
Task ini bertujuan supaya kita dapat memendekkan kerja hujung minggu, mungkin dari 1 hari penuh kepada setengah dari sahaja.

So reader.
Jom keluarkan senarai untuk rumah anda.

10 comments:

  1. haihh.. ini valid tak utk basikal y parking di dapur.. serta tasbih adik aku y ada budak kecik masukkan kt peti ais!!! anak aku ada masalah main letak suka hati segala barang

    ReplyDelete
  2. Huhhhh.. Itu normal Klau anak ko ltk balik kat tempat asal tu mmg pelik.

    ReplyDelete
  3. nk senaraikan banyak yg tertangguh...tp nk settlekan bilik untuk bilik baju dan dapur sebelum pose dan bersalin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..
      Kalau yang Hani maksudkan tu saya selalu masukkan dalam special project. Means nak susun atur supaya kemas dan namapk "stabil".
      Nanti saya share project purging saya di edisi project yang akan datang..

      Delete
  4. Kalau akak lah, mop lantai wajib buat hari2..sejak yang kecik ni pandai nak makan sendiri, mmg bersepah2 la jawabnya. Kalo bilik air plak mmg cuci sambil2 mandi. Nmpk berkeladak je terus hayun berus. Tak leh nak plan2 alamat tak cuci la jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh.. Rajinnya mop hari-hari.
      Asma boleh refer to the ext step.
      Guna kaeadah tandakan.
      Yang mana dah buat tandakan je tak perlukan jadual. So bila end of the week boleh check yang mana belum buat.

      Delete
  5. kawe ada satu idea dlm kepala seperti ini - nk transfer menjadi suatu entri - belum sempat lg..masih menconteng...btw tips ini berkesan!! perlu senaraikan!! yeahh!! =)

    ReplyDelete
  6. Cepat..!!!!!!!! Makcik menunggu..

    ReplyDelete
  7. Senarai rmh saya? OMG, mcm tak tertulis Lynd. tlg tulis, boleh?

    ReplyDelete
  8. Baru teringat Ch@, blog luar negara lagi banyak citer pasal tugas2 kat rumah untuk orang yang dok kat rumah. Memang menakutkan.. tabik lagi untuk ch@..

    ReplyDelete