Assalamualaikum..
Wahhhh...
Lama betul entry ni terperuk kat sini.
Kenapa?
Sebab konon nak tunggu complete dulu.
Tapi dah dekat sebulan menunggu sehingga make over terakhir last month, nampak macam takder perkembangan je, nampaknya saya launch juga la entry ni.
Di samping bersempena cabaran di Susun Atur Sioca, bertemakan ruang keluarga.
Cabaran ni dah hampir 2 bulan berlangsung.
And last minit baru join, and even i cannot wait for next cabaran.
Ok..
Dah habis intro.
Saya pernah cerita mengenai ruang keluarga ni di entry sebelum ni.
Dan sealiran dengan keperluan keluarga dan kami suami isteri,
make over telah dilancarkan oleh SUAMI saya.
Love u en Suami.
Ada la beberapa sesi berborak mengelangi ruang ni.
Dan beberapa issue timbul.
1. working table ada 1 dan laptop ada 2. everytime saya nak guna saya kena alih laptop en suami dan begitulah sebaliknya.
2. Saya mula berbisness, so saya perlu ruang yang cukup dan selesa untuk stok barang dan filing. So sangat perlukan arrangement yang baik untuk SOHO.
Disebabkan 2 isu ni bermula lah sesi borak.
Dah borak2, beli barang sikit, esok balik keje ruang ni berubah rupa.
Terharu sebab en Suami buat semua sorang2.
Alihkan perabot dan susun balik.
Kalau harap saya yang buat memang berbulan lah siap.
So mesti gambar before after lah yang best.
SEBELUM
SELEPAS
Rak yang dialihkan kedudukannya.
Kenapa?
Bagi menempatkan 2 working table.
Closed up skit.
Tak cantik.
Tapi cukup praktikal untuk kami.
Just printer jauh dari meja saya.
Dan satu perkara yang tak termasuk dalam topik borak kami adalah :
Rak yang tergantung tu.
Bila masa En Suami terfikir nak buat gitu.
Bila naik je di hari kejadian, tersengeh je la.
Di ambil rak dalam bilik anak.
Redha je lah.
Satu lagi yang tak termasuk dalam topic pebincangan adalah :
Before
(Abaikan kesepahan atas rak)
Tempat TV kat sebelah atas dan 1 rak terpaksa dikorbankan disebabkan oleh tinggi TV terlebih sikit dan xbleh masuk ngam-ngam.
Tapi atas kebijaksanaan En Suami ku,
keadaan rak tu sekarang macam ni.
TV diturunkan.
Dan En Suami modified sikit rak tu supaya rak lama masih boleh digunakan.
Part ni yang makcik paling suke.
Lebih ruang untuk letak stok barang.
Suka sangat.
Macam 10 masalah boleh selesai dengan 1 idea hebat En Suami ku.
semua ni dia buat semasa saya pergi keje.
Rasa macam sayang mencurah-curah kat En Suami.
Sekarang ni ruang ni sangat praktikal.
Kalau 1 ketike dulu boleh dikatakan ruang ni hanya jadi laluan kami ke bilik tidur pada waktu malam, tapi sekarang 70% familly time kami adalah disini.
Suke sangat.
Kalau ikutkan impian makcik Lynd ni nak letak sofa panjang nak tutup skit laluan ke toilet, nak white working station, nak karpet, nak macam-macam lah.
Tapi ditahan dulu demi kepentingan lain.
So far ruang ni dah cukup berharga.
Beberapa improvement sedang difikirkan.
Antaranya :
Wire yang berselirat ni.
Kedudukan printer.
Hiasan dinding.
So kalau ada perkembangan saya update dari masa kesemasa.
Pesanan saya,
Jangan limitkan diri anda untuk organise rumah anda disebabkan bajet atau rumah sewa.
Kerana disebabkan 2 faktor itu jugalah yang menyebabkan HOME ORGANISING itu berfungsi.
Love You Sista.