Thursday, May 9, 2013

Jom Mengemas : Stor

Assalamualaikum.
Soalan yang selalu berlegar-legar diminda 
"Ada tak ruamh yang xder stor?"
"Kat mana anda simpan barang2 kalau xder stor?"

Satu ketika dulu, stor saya bawah tangga.


Jauh dilubuk hati saya tak suka tempat gelap ni jadi tempat letak barang.
Sebab, susah nak ambil dan menyakitkan mata.
Then bawah tangga ni di transform jadi play area anak-anak.
Boleh refer sini kisah transformasi bawah tangga.

Pindah barang naik atas.


Tu gambar 6-7 bulan lepas.
Dah entah berapa kali kemas dah.
Tapi sekarang rupanya..


Hamik ko.
Kenapa teruk sangat Cik Lynd?
Sebab kemas kat tingkat bawah, segala barang yang tak di pakai bawak naik atas.
So itu lah hasilnya.

Kan dalam Project List saya ada sebut pasal store.


Kalau ikutkan mmg xnak buat store pun. 
Nak guna bilik2 yang ada ni dengan baik.
Tapi nak buat macam mana.
Barang banyak.
Budget xder lagi nak buat pintu bawah tangga so boleh jadikan stor.
So saya kena mencungkil idea macamana nak kemas bilik ni supaya saya boleh guna bilik ni bukan sekadar stor tp boleh berfungsi untuk tujuan lain juga.

Prinsip yang biasa saya guna untuk mengemas adalah asingkan mengikut kategori SIMPAN, DERMA dan BUANG

Dah kategori kan ini, baru lah boleh susun atur dulu.
Saya tak ambil gambar in progress.

BEFORE


AFTER
Masih banyak barang.
Nak letak sume dalam storage box.
Tapi macam xder hati nak selongkar kotak besau tu.
So label je la.


Tengok.
Berapa banayk barang da dalam 1 kotak.
Sekecil2 barang saya tulis sebab malas nak selongkar bila cari barang.
Lagi-lagi bila En Suami "Ma, Mana....."
Memang tension bila kena selongkar semua balik.
(Impian saya adalah nak jual absorber Myvi tu kat besi buruk tanpa pengetahuan En Suami.. Dah sah jahanam masih nak simpan.. Pressure makcik)


Yang part yang makcik suka.


Ini adalah hasil yang akan tidak kekal lama dalam bilik ni.

Yang ni untuk dibuang.


Baju-baju lama yang tak sampai nak kasi kat orang yang kita kenal pakai.
So pilihan yang ada samada buang yang bermaksud totally dispose or
letak je kat kotak "Derma" yang biasa ada kat kawasan perumahan tu.
So yang collect nnt kalau nak pakai dia amik kalau tak boleh buang.

Bakaul pink tu pun nak buang sekali.
Tapi macam kejam pulak.
Sapa nak?

Kipas tu pun nak buang.
Dah patah dah.

Yang ini pulak DERMA.



Yang ni betul-betul derma.
Baju baby dan baju tshirt and jeans lama.
Nak bawak balik kampung.
Memang ada yang request.
So memang terasa macam dah mengantuk disorong bantal la.
Memang banyak barang nak buang sayang nak kasi kat orang tak tau sapa.
So rezeki saya la bila ada orang yang mintak.

Antara barang lain yang saya nak buang

Rak pinggan.
Dah berkarat tapi masih kukuh.

Printer.
Dah rosak.
Tapi sayang nak buang.
Ada tak tempat yang nak printer rosak ni?
Amik free pun tak per janji bukan saya yang buang printer tu.

Satu lagi fakta menarik tentang stor ni.


Tayar pun ada.
Jenuh pikir mana nak sorok.
Akhirnya kat bawah baby cot tu dia bersemadi.
Nilah jadinya bila Sang Suami nak simoan semua benda.

Target saya untuk bilik ni adalah nak jadikan wardrobe room.
Sekarang ni kat tingkat bawah tempat kami bersiap dan letak pakaian.
Saya memang nak guna tingkat atas ni sepenuhnya. 
So ni antara progressnya.

Macamana anda menyusun barang yang tidak digunakan?
Apa yang ada dalam store anda?

Jom Kongsi.



14 comments:

  1. best kan perasaan bila dapat purge byk barang tak pakai..?? =)

    rumahku tiada stor..sedey..one day nak buat jgk tp maybe kena tambah kat area airwell yg tinggi melangit tu...for the time being, cuma letak dlm airwell dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabarannya macamana nak buat rupa store tp xmacam store.

      Delete
  2. SU XDE STOR..MAKANYA BILIK KE TIGA JADI TEMPAN SIMPAN BRG,TEMPAT BAJU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ihiiii.. Asal ada ruangkan? Tp sayang 1 bilik korban jd store.

      Delete
    2. Ye Umie Sue, Mama Lynd..
      Nasib saya pun begitu....

      Apa nak buekkk...

      Delete
  3. saya pun sama.! bilik keempatlah jadi bilik stor. nnti sy sharekan ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat..!!!!!!!!!!!!!! Tak sabar nk tengok..

      Delete
  4. Stor saya pun bawah tangga. Takut jugak geledah...mcm2 akan keluar nanti. Apa2 pun cayalah mama lynd. Usaha tangga kejayaan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nas. Rasanya 1 hari nnt mmg nk jdkan bawah tangga tu permanant store.

      Delete
  5. Rumah nad ada stor tp tu pun da x muat.huhu..so korbankn 1 bilik utk simpan barang2 yg kadang2 je guna. Impian nak beli rak untuk susun2 semua barang tu tp sbb xcukup bajet so hold n hold smpai la barang makin menimbun.huhu..

    ReplyDelete
  6. Saya pulak stor da jd korban utk jadi bilik jahit..Ade saya kongsikan di blog. jemput2 la bace ye... Now da xde stor, sume simpan dlm storage box je. menumpangla si storage box tu dlm bilik jahit..

    ReplyDelete
  7. Warrrggghh tak sanggup nak kongsi...
    Store cum wordrobe room cum bilik sidai baju..cum bilik seterika baju... banyak norrr cum nyer...

    Ramai kot yang ada masalah same...huhu..

    Tunggu kalau dah sanggup, nanti saya kongsi eh.. hihhih

    Salam kenal :
    www.apabilaazambercerita.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Hahaa...rumah aku pun x de store Lynd. Mujurnya ada almari bilik tinggi ke bumbung tu, sumbat dlm tu smuanya. Brg2 simpan di tmpt sepatutnya. Yg x boleh guna mmg aku soh laki aku leburkan/buang/bg org dan apa2 je la. Aku mmg bising sket hal2 brg rmh ni. Beli utk btl2 guna. Bb coat mmg xpnh ada meski anak dh tiga. Tabah je la Lynd. Dan cun tu. Sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  9. bilik ketiga rumah saya pun dah jadi stor padahal dah ada stor bawah tangga..ni gara2 semua barang sayang nak dibuang..perangai encik2 suami ni kebanyakannya sama je...isteri pula perlukan banyak masa untuk kemas stor...suka KATEGORI SIMPAN,DERMA dan BUANG tu...

    ReplyDelete