Monday, July 29, 2013

Cari Idea Deco Ruang Tamu

Assalamualaikum.
Rindu nak up cerita project.
Tapi masih belom siap terutama ruang tamu.
Masih belom tersusun.

Ada beberapa perkara yang masih dalam pemburuan.

Langsir 

Untuk sliding door je.
Kain belom beli pun.
Belom decide lagi nak warna apa untuk dipadankan dengan rumah kehijauan kami.

Dok cari-cari terberkenan dengan design ni.


2 kain kosong dan kain bercorak.
Dok fikir warna juga.

Kalau ikut idea 


Warna yang sesuai untuk dinding kehijauan saya adalah

Hijau
-sesuai di padankan dengan warna hIJAU(LIGHT), COKLAT, HITAM, KELABU & PUTIH. 

padanan dengan perabot warna hitam ia dapat menonjolkan suasana
ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat dan sesuai untuk menonjolkan bentuk perabot untuk di gunakan

padanan dengan perabot warna putihmewujudkan suasana yang tenang dan dengan keserlahan warna dinding 

Dan rumah saya semestinya lah perabot yang ada warna gelapkan.
Tu yang langsir ingat nak buat putih combine dengan light green.
Tapi putih sesuai ke untuk langsir?
Tak comot ke nanti?
Erm.. kita tengok la warna yang available kat kedai kain dekat dengan rumah tu.
Dan saya masih mahu menggunakan jenis Eyelet.
Sekarang dok study cara jait eyelet dengan kemas.

Hiasan Dinding

Masih ada 3 dinding yang masih lapang.
Ada beberapa idea.

Frame gambar besar.
Untuk dinding depan tangga.

Shelve 
Untuk dinding sebelah TV

Cermin

Untuk dnding mengadap pintu.

Family Photo

Untuk dinding with console table.

Nampak tak rumah Jen I heart ni?
Photo black and white tu?
Exactly what my husband request i buat.
Nak kena cari frame dulu.
Gambar da pilih.

Painting Job
Ada sedikit renovation yang memerlukan kerja-kerja mengecat.
Cat dinding hari tu da siap.
Haisss.. Dok cari ruang nak mensetelkan kerja-kerja ni sebelum raya.
Tinggal 1 weekend je lagi.

3 comments:

  1. Saya suka jugak yg frame hitam putih last sekali tu..:)

    ReplyDelete
  2. aku plak bedebau takot ko tak sempat...kena pulun ni...mlm jgn todok...heee

    ReplyDelete
  3. salam tuan rumah... best tengok idea deco rumah kat sini.
    Kekadang kita tgk kat majalah semua tuh.. tak praktikal untuk umah sendiri.. dlm majalah nampak cantik... sendiri buat keras tangan kut hihi.. langsung x cantik haha

    ReplyDelete