Wednesday, May 15, 2013

Ruang Keluarga

Assalamualaikum Pembaca ku yang disayangi.
Selalu excited nak share project walaupun belom siap.
Tak per, we put it as a in progress.

Saya pernah mention dalam beberapa entry di Kasehku Hidupku dulu mengenai hal rumah saya.
Ok story morry lagi sekali sebab mostly pembaca Hidupku Rumahku Terurus ini adalah pembaca baru.

Dah lebih 3 tahun saya tinggal kat rumah teres 2 tingkat berkeluasan 20 x 80ft ni.
Tapi boleh dikatakan tak sampai setahun pun saya guna ruang rumah ni sepenuhnya.

Dulu masa awal2 kahwin tido la kat bilik atas ni.
Bila da ada anak 1, terasa malas nak naik atas dengan angkat anak pagi2.
So kami tdo kat hall je.
Sesekali ada la tido kat atas.
Dan pernah ada 1 ketika sampai 2 bulan saya tak naik tingkat atas.
Yup.. sampai lah ada satu ketika dulu Kaseh asik demam dan dah macam2 cerita dengar kalau rumah / bilik yang dah lama tak guna.
So atas nasihat ustaz, dia suruh kami guna ruang atas, jangan dibiarkan gelap, sesekali buka la lampu bilik2 yang tak guna tu dan bukak pintu semua bilik.

Kalau dah tak naik memang tak bukak lampu lah and even saya takut nak naik atas sorang-sorang walaupun siang.
Orang selalu cakap apa nak takut rumah sendiri.

Pernah orang streamyx nak pasang line kat tingkat atas dan tanya 
"Rumah ni memang tak duduk ke?"
Nak cover line iyakan aja lah.

Bila anak dah 2 orang, tido kat bawah lagi.
Sebab pagi2 jenuh nak angkat 2 org anak masuk kete.

Satu hal lagi kenapa tak tidur atas ni sebab panas.
Lagi selesa tido kat hall.

Awatif pulak tak boleh tido sebab panas.
Pernah kol 3 pagi pun merengek tak boleh tido.
Badan berpeluh.
Tido balik kat bawah.


Tapi tak tahan tengok hall macam rumah kongsi dengan tilam n bantal.
Nekad.
Kena cari jalan jugak supaya boleh tido kat atas.
Nak gunakan ruang yang ada sepenuhnya.

Bilik Utama saya pasang air-cond.
So tiada alasan lagi nak kata panas.

1 bilik saya jadikan bilik anak-anak.
Kemas, pasang cadar, pasang langsir dan letak mainan.


1 lagi bilik jadikan store yang saya plan akan disusun atur menjadi wordrobe room menggantikan bilik bawah.


Pun dibersihkan dari sebarang habuk.

Kalau dulu, asal naik atas amik barang je pun, boleh hitam tapak kaki sebab tempat tak digunakan.
even kat tangga pun boleh ada kesan tapak kaki bila sesekali naik.
Tak ke horror punyer rumah.

Pernah kami laki bini pikir nak sewakan je ruang atas ni.
Dari kasi duduk kat benda-benda yang tak patut.

Bagi menambahkan lagi fungsi tingkat atas ni kami wujudkan ruang keluarga.
Jika dulu rak ni letak kat tingkat bawah sebagai work space.

Before



After

Tapi sekarang dipindahkan ke tingkat atas.


TV lama yang kat bawah naik atas.
1 rak paling atas terpaksa dikorbankan untuk letak TV.
Alhamdulliah semuanya menjadi sperti yang dirancang.
Memudahkan lagi urusan bila Sang Suami setuju dengan plan ni.
Kalau plan lain yang tak  memerlukan kerja-kerja mengangkat saya memang buat sorang je tak tanya pendapat dia pun.
Tapi nak angkat rak tu naik atas memang kena minta kerja sama.
Dia setuju sebab dia tak selesa bila file-file peribadi ada kat hall.
Make sense.

Adakah semua ini terjadi hanya dengan one short project?
Amik masa wooo.. 
Sikit-sikit.

Dimulakan dengan beli LED TV untuk tingkat bawah.
Sebab utama adalah bila anak tengok TV dengan jarak 2 inci dari hidung.
Nak jadi macam mak dia yang rabun sebab tengok TV dekat?
So TV baru tu letak di dinding.

Then TV lama bawak naik atas.
Just letak atas rak 3 tier tu je.
Tu dalam bulan 11 tahun lepas kot.

Then tak ingat bulan berapa, setelah berjaya memujuk secara halus sang suami,
kami angkat rak besar tu naik atas.
Masa tu meja keje masih kat bawah.

Dan bisikan memujuk sang suami berjalan lagi,
"Susah la meja ni kat bawah, printer kat atas"
LULUS.

Angkut pulak meja naik atas.
Tapi masih tak boleh guna ruang ni sepenuhnya sebab takder lampu.
Kipas hanya guna yang stand tu je which is tidak bagus untuk rumah yang ada budak kecik.

Yang ni pending lama.
Dekat 3-4 bulan jugak.
Sebabnya yang sang suami kata, "Siling tinggi susah nak pasang lampu"
Plus takder point kipas.

Next bisikan memujuk berjalan lagi.
Buat sesi "Kalau nak pasang kipas n lampu kat atas tu nak pasang yang macamana ye?"
Sang Suami "Kita pasang, yang macam kat bawah ni je kipas siling sekali ngan lampu, tapi kena beli tiang extend tu la sebab siling tinggi"

See..?
Boleh buat sebenarnya.
Sang isteri pun gigih la ke House of Lighting Puchong masa lunch time keje sabtu.
Asalnya nak LED Fan tapi mahal Rm 3++.
So cancel, amik yang jenis ni tak sampai Rm 200 pun.

Kipas Sang isteri dah tolong beli, sang suami dah mula menunjukkan sokongan dengan g order tiang kipas 5 kaki.
Yang biasa ada 3 kaki je.
2 hari jugak la baru dapat.

Keje-keje memasang dijalankan.
Angkat dining table naik atas, letak kerusi atas meje, letak tangga atas kerusi.
Memang risau bab safety sebab tinggi sangat.


Keje-keje dijalankan dengan doa sang isteri.


Done.
walaupun terlebih rendah tapi OK je lah.

Ouhhh.. Lupa..
Sebelum pasang and angkat semua barang2 tu yang mengambil masa dekat 6 bulan jugak la, benda pertama yang saya pasang safety gate ni sebenarnya.


Safety First la katakan.

Then baru lah keje-keje mengangkut dimulakan.
So sekarang sebenarnya boleh dikatakan 80% complete untuk ruang keluarga ni.
Tinggal nak touch up skit lagi.
Macam working table ni.


Masih berselirat dengan wire.
Then nak susun atur stationery, file and buku.

Secara keseluruhan nampak OK dan praktikal.
Kepuasan maksimum bila sang suami dah mula guna ruang ni untuk buat keje instead of dok kat bawah.

Tapi rak bawah ni rasa rugi lak tak pakai.
Indahnya kalau saya dapat letak buku-buku disitu.

Tapi nampaknya simpan dulu hasrat tu bila sekarang ni keadaan ini berlaku.



Apa nak dikata.
Simpan dulu hasrat si ibu.

Housss.. panjangnya entry.
Anyway.. ada beberapa lagi project on the way dalam merealisasikan objective untuk menggunakan tingkat atas ini sepenuhnya.

Jumpa lagi di lain project.

Jemput jenguk Blog Penganjur Giveaway cabaran Ruang keluarga.
Susun Atur Sioca 

2. Masukkan link blog penaja di entri anda.
3. Follow blog www.akubukanpenulistegar.blogspot.com








14 comments:

  1. oh oh ohhhh....saya SANGAT.sangat.SaNgAt suka entri ini!! anda berjaya mencapai misi menggunakan ruang atas!! yeeeeaaaahhhh! HAPPY for you!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huuu.. Kepuasan. 70% Used. Next project adalah toilet. Nantikan update sterusnya.

      Delete
  2. nice job :)
    saya pun on the way nak start buat projek2 ni semua..tapi kena step by step la..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula la.. Mula la.. tak sabau n excited ni. Yup kena bawak bertenang n kena buat satu per satu.

      Delete
  3. saya sgt teruje dan gigih menghabiskan entry ni...
    keadaan dan situasi kita sikit sama..bila nak menyusun atur yg memerlukan tenaga lelaki terpaksa bikin ayat power..alasan yg kukuh..mana yg boleh wat sendiri hentam saje..penah suami perli saya : ruang tamu kita ni dalam sebulan berapa kali berubah kedudukan sofa yer??? errr...
    heh..jiwa perempuan mmg cegitu..

    hari2 sy tggu cerita dr "hidupku rumahku terurus" like! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlian yang sama dari sang suami untuk saya. Asal ada can memang sume perabot nak di sorong-sorong sebulan sekali.

      Terharu ada orang tunggu update blog hingusan ni.

      Delete
  4. Wow...i like. Suka sgt Lynd. Kita pun ada ruang atas, mcm ko gak la mkn berbulan nk menyesuaikan diri. Turun naik tgga mcm.nak tercabut skru lutut. Lama2 dh biasa. Bilik bwh utk tetamu sbb major tetamu mls nk naik tgga. Hahaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.. Kan.. Rasa macam besau sangat je rumah. Tp ada hati nak bungalow yang lagi besau. Padahal ruamh skarang pun tak terguna.

      Delete
  5. Ok saya kagum ngan semangat Mama Lynd..

    Kita perlu tentukan apa yang kita mahu, macam mana yang kita nak..usaha untuk "realisasikan" apa yang kita mahu dan nak itu..

    Tadaaaaa.....

    Dah jadi!! walaupun still in progress kan..? =) Good job!

    Bestnyer ada rumah sendiri kan?
    Boleh berimaginasi di luar batasan.. dan laksanakan exactly seperti yang diimaginasi itu...

    Sekarang saya berimaginasi jugak..plan itu, plan ini..
    Tapi tak dapat nak merialisasikan sangat pun..
    Sekadar bende-bende kecil tu boleh la.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh.. terasa terharu pulak dengan komen Diana. Sangat mengembangkan semangat saya.

      Alasan rumah sendiri or rumah sewa tu bleh no 14. yang penting semangat. Masa awal2 terjebak dunia Home Organising ni mmg kepala berangan je nak buat itu-ini. Sampai dalam training pun tak fokus. Dok pikir hal rumah.

      Baca entry Diana pun buat saya semangat membuak-buak. So teruskan update lagi supaya saya lebih kekal bersemnagt.

      Delete
  6. Teruja baca entri ini. Tunggu sambungan projek seterusnya. I follow....

    ReplyDelete
  7. suke tengok rak tu.boleh letak tv..nampak kemas.su sukeeeee...
    update update lagi

    ReplyDelete
  8. suka idea rak buku tu. herm cuma saye di ruang atas tu ada sofa. so nak derma sofa tu dulu la then baru boleh gunakan ruang tu sepenuh nya :)

    ReplyDelete
  9. bagusnya...boleh kerjasama buat impian tercapai. Tak semua org reti nak pasang benda2 letrik tu....kalau bole buat sendiri bonus tak payah upah...jimat di situ

    ReplyDelete