Tuesday, April 30, 2013

Bilik Anak-Anak

Tak sabar nak share barisan-barisan project yang on going.
Mula-mula nak teruskan dulu sesi mukaddimah.
Tapi nampaknya jiwa ini meronta-ronta nak cepat-cepat lepaskan entry.

Sebenarnya ni project category belom siap.
So saya update step by step.

First entry mengenai project di Hidupku Rumahku Tersusun adalah mengenai bilik tidur anak-anak perempuanku.
Cinta hatiku.
Tak tahulah nak panggil bilik tidur, mereka tak tidur dalam bilik ni.
Mereka masih tidur dengan saya.
Tengah cari masa yang sesuai untuk asing tidur dengan chenta hati saya yang berdua itu.

Nak kata play room siap ada tilam bagai.
Tapi saya suka cara Aty dari Aku bukan Bidadari

Walaupun anak dia tido ngan dia, tapi dia dah ajar Qaleef mengenai "bilik sendiri".
Bersiap dan bermain dalam bilik sendiri.

Saya?
Semua rembat kat satu tempat kat bilik bawah.
Tu pun akan jadi 1 project, nak susun balik fungsi setiap bilik kat rumah ni.

Ok back to cerita bilik anak-anak tadi lah.
Saya memang nak wujudkan ni "bilik Kaseh / Awatif"

Asalnya bilik ni memang kosong.
Hanya ada tilam sahaja.
Dah lebih 3 tahun dok rumah ni.
Awal tahun hari tu mula timbul idea nak wujudkan bilik anak-anak.

So pelan-pelan kayuh.
Mula jait langsir.
Cari-cari idea.
Mula ajar-ajar Kaseh tentang "bilik Kaseh.

So status sampai sekarang saya sudah mula masukkan barang-barang mainan anak-anak.
At least sesekali adalah msuk juga bilik ni.

Gambar yang betul-betul BEFORE tu xder plak.
Sebab kalau ikutkan memang hanya tilam nan satu je.
Then 2 bulan lepas letak langsir.
Dan kotak mainan yang lama.

Dan update terkini adalah kotak permainan anak-anak.
So hasilnya,

Before : 


After : 

Untuk kotak mainan pulak.

Before:


After :




Kotak mainan yang saya beli di Mr DIY.
Nasib ngam-ngam masuk dalam rak ni.
Rak ni asalnya pun untuk play area anak-anak kat tingkat bawah.
Boleh refer entry ini.

Masih belum lengkap.
Antara barang-barang yang melengkapkan fungsi bilik ini adalah.



Ceiling Fan with LED Light
Evamatik Mat
Wall Sticker / Future Wall

Yang last sekali tu lebih kepada hawa nafsu.
Hehehehe...
Xder kaitan pun dengan fungsi.

So kumpul duit dulu.

Monday, April 29, 2013

Blogging On Home Organising

Keputusan nekad dan tak fikir panjang lagi.
Saya ada impian dan saya hanya akan lihat impian saya.
Segala cabaran dan ujian akan ditempuh.

Wahhh.. 


Mempunyai blog khas untuk Home Organising / Pengurusan Rumah Tangga or apa sahaia yang berkaitan.

Saya mahu jadikan blog ini sebagai sumber / rekod perjalanan hidup saya dalam menjalani hidup yang teratur dan terurus.

Saya juga mahu blog ini menjadi tempat pertemuan blogger or wanita atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsi idea, cara dan juga mendapatkan maklumat mengenai Home Organising.


Ini tafsiran saya sendiri ya.
Pada saya Home Organising adalah satu kumpulan sistem atau cara untuk kita menguruskan apa sahaja.
Menguruskan masa, susun atur peralatan, susun atur kerja atau rutin.
Sistem atau cara itu berbeza mengukut individu bergantung kepada rutin hidup, pekerjaan, latar belakang, budaya dan apa sahaja.

Di sebabkan itu blog Hidupku Rumahku Terurus ini diwujudkan.
Menjadi tempat pembaca berkumpul, berkongsi dan mendapatkan maklumat mengenai pengurusan hidup masing-masing.
Mana lah tahu ada yang boleh diguna pakai oleh orang lain.

Adakah Home Organising membuatkan rumah / kehidupan kita nampak cantik?
Cantik sahaja? Atau Tersusun Sahaja.
Pada saya tidak hanya perkara tersusun dan cantik.

1. Urusan berjalan lancar.
Kalau nak ambil pakaian anak.
Jika kita tak susun atau menyediakan satu sistem untuk menguruskan pakaian, kita mengambila masa yang lama untuk mencari barang yang kita mahukan.

2. Kekal kemas.
Semua orang boleh susun barang cantik-cantik.
Tapi berapa lama bertahan?
Adakah selepas beberapa sesi penggunaan keadaan menjadi tunggang langgang kembali.
Dan yang penting adalah untuk sistem tersebut senang di selenggara.

3. Semua orang mampu memahami dan senang diikuti.
Ini pun penting.
Dalam 1 rumah mesti ramai ahli keluarga yang ada.
Jadi apa sahaja susun atur yang kita buat, orang lain senang ikut dan boleh sama-sama memastikan tempat itu kekal kemas.


Home Organising adalah satu sistem yang mempunyai fungsi dan decorasi adalah untuk mengindahkan lagi keadaan itu.

Sebagai contoh, console table di letakkan dihadapan pintu masuk rumah dan disediakan bakul khas berfungsi untuk meletakkan hand bag, kunci dan hand phone bila masuk ke rumah.
Itu Organising.
Sistem yang membantu kita meletakkan barang dengan senang.
Kalau contoh kita letak bakul tempat letak barang2 tersebut di sebelah cabinet TV tingkat atas.
Adakah menyenangkan?

Dan decorasi pulak jika kita letak sejambak bunga dengan bekas tempat letak barang yang cantik dan matching dengan konsep console table tersebut.

Get it?
Dapat bezakan?

Dan pengakuan jujur, jika mahu mencari idea untuk Home Organising blog ni mungkin sesuai tapi untuk decorasi?
Ini tempat yang salah.
Sebab saya memang buta deco.
Saya bukan tak pandai tapi saya memang tak nampak cara atau idea deco.
(Ada beza ke.. Ihikss..)
Teringin nak buat tapi selalu tak menjadi.
So what else i can say if not "buta".

So ladies, come along with the journey of Home Organising on
Hidupku Rumahku Terurus.

Ada sebarang soalan?
Boleh tinggalkan komen atau email ke sitinorhas_linda@yahoo.com

Friday, April 26, 2013

Pelancaran Hidupku Rumahku Terurus

Keputusan telah diambil.
Saya melancarkan blog Home Organising bercitarasa tempatan.
Blog ini akan mengumpulkan semua pengalaman, cerita saya dan cerita ramai lagi rakan-rakan diluar sana mengenai pengurusan kehidupan masing-masing.
Selain merangkumi pengurusan rumah, aspek seperti pengurusan rumah tangga, pengurusan masa dan pengurusan kewangan juga akan sama-sama dikongsi.


Blog ini diwujudkan untuk menjadikan objektif blog pertama/blog utama saya Kasehku-Hidupku dikekalkan.
Blog tersebut lebih kepada update kisah peribadi, kisah anak-anak dan keluarga.
So biarlah blog cinta hati saya itu kekal dengan objektif tersebut.


Akan menjadi ruang perkongsian idea, pendapat dan pengalaman saya dan sesiapa sahaja mengenai Home Organising yang bercita rasa tempatan.

So let,s enjoy the journey.