Monday, April 29, 2013

Blogging On Home Organising

Keputusan nekad dan tak fikir panjang lagi.
Saya ada impian dan saya hanya akan lihat impian saya.
Segala cabaran dan ujian akan ditempuh.

Wahhh.. 


Mempunyai blog khas untuk Home Organising / Pengurusan Rumah Tangga or apa sahaia yang berkaitan.

Saya mahu jadikan blog ini sebagai sumber / rekod perjalanan hidup saya dalam menjalani hidup yang teratur dan terurus.

Saya juga mahu blog ini menjadi tempat pertemuan blogger or wanita atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsi idea, cara dan juga mendapatkan maklumat mengenai Home Organising.


Ini tafsiran saya sendiri ya.
Pada saya Home Organising adalah satu kumpulan sistem atau cara untuk kita menguruskan apa sahaja.
Menguruskan masa, susun atur peralatan, susun atur kerja atau rutin.
Sistem atau cara itu berbeza mengukut individu bergantung kepada rutin hidup, pekerjaan, latar belakang, budaya dan apa sahaja.

Di sebabkan itu blog Hidupku Rumahku Terurus ini diwujudkan.
Menjadi tempat pembaca berkumpul, berkongsi dan mendapatkan maklumat mengenai pengurusan hidup masing-masing.
Mana lah tahu ada yang boleh diguna pakai oleh orang lain.

Adakah Home Organising membuatkan rumah / kehidupan kita nampak cantik?
Cantik sahaja? Atau Tersusun Sahaja.
Pada saya tidak hanya perkara tersusun dan cantik.

1. Urusan berjalan lancar.
Kalau nak ambil pakaian anak.
Jika kita tak susun atau menyediakan satu sistem untuk menguruskan pakaian, kita mengambila masa yang lama untuk mencari barang yang kita mahukan.

2. Kekal kemas.
Semua orang boleh susun barang cantik-cantik.
Tapi berapa lama bertahan?
Adakah selepas beberapa sesi penggunaan keadaan menjadi tunggang langgang kembali.
Dan yang penting adalah untuk sistem tersebut senang di selenggara.

3. Semua orang mampu memahami dan senang diikuti.
Ini pun penting.
Dalam 1 rumah mesti ramai ahli keluarga yang ada.
Jadi apa sahaja susun atur yang kita buat, orang lain senang ikut dan boleh sama-sama memastikan tempat itu kekal kemas.


Home Organising adalah satu sistem yang mempunyai fungsi dan decorasi adalah untuk mengindahkan lagi keadaan itu.

Sebagai contoh, console table di letakkan dihadapan pintu masuk rumah dan disediakan bakul khas berfungsi untuk meletakkan hand bag, kunci dan hand phone bila masuk ke rumah.
Itu Organising.
Sistem yang membantu kita meletakkan barang dengan senang.
Kalau contoh kita letak bakul tempat letak barang2 tersebut di sebelah cabinet TV tingkat atas.
Adakah menyenangkan?

Dan decorasi pulak jika kita letak sejambak bunga dengan bekas tempat letak barang yang cantik dan matching dengan konsep console table tersebut.

Get it?
Dapat bezakan?

Dan pengakuan jujur, jika mahu mencari idea untuk Home Organising blog ni mungkin sesuai tapi untuk decorasi?
Ini tempat yang salah.
Sebab saya memang buta deco.
Saya bukan tak pandai tapi saya memang tak nampak cara atau idea deco.
(Ada beza ke.. Ihikss..)
Teringin nak buat tapi selalu tak menjadi.
So what else i can say if not "buta".

So ladies, come along with the journey of Home Organising on
Hidupku Rumahku Terurus.

Ada sebarang soalan?
Boleh tinggalkan komen atau email ke sitinorhas_linda@yahoo.com

5 comments:

  1. Wahh i like tafsiran segala ni..and me too bab deko adalah kejung skek...! Kena selalu baca majalah deko baru terer kut..ku tengok yg otai semua selambak majalah deko kat umah..aku adalah dua tiga ketul..sayangggg duit oiii...majalah2 tu semua m.a.h.a.l..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pulak suka beli majalah tu tapi tak pandai nak realisasikan. Macam tak boleh relate gambar dan keadaan sebenar.

      Delete
  2. Permulaan yang baik. sama-samalah kita kongsi apa yang baik dalam organizing ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nas : Thanks. Saya memang mengharap saya dapat idea ddari rakan-rakan yang lain. So jom kongsi.

      Delete
  3. Saya suka blog ni.. Sebab bab nak menyusun and organize rumah cantik2 ni memang perlu kuat semangat and ada strategi. hahahaha.. kalo tak, kelaut la..

    ReplyDelete