Monday, March 31, 2014

Buku Mudahnya Mengemas : Tinggal 3 Buah Lagi



Tinggal 3 Unit Je lagi.

Cepat-cepat.
Siapa cepat dia dapat.

Wassap Mama Lynd: 0196038353

Friday, March 28, 2014

Musim Spring Cleaning

Assalamualaikum.
Jumaat dah hari ni.

Walaupun saya dah lama tak buat entry tapi hari-hari blog walking.
Tak kisah lah tempatan ke obersi.
Tapi kan sekarang ni memang musim spring cleaning kat blog-blog kesayang hamba ni.







Waaaaa... Rasa nak balik kemas rumah..
Ok kenapa plan dulu.
Macam Jane buat.
Buat list dulu..

Sapa nak join saya?

Thursday, March 27, 2014

Semangat Kembali Membara

Assalamualaikum.

Ya Allah.
Lama sangat blog Hidupku Rumahku Teratur ni bercuti.
Sama juga blog Kasehku Hidupku.
Sampai ada yang bertanya kabar.
Ingatkan saya mengandung.

Waaa... i wish i have that.
Tapi belum rezeki.

Ok usah dikenang barang yang lepas.
Kita mulakan akhir March ni dengan semangat baru.
Saya akan cuba dan MESTI mengsusun aturkan kembali.

Ok.
Apa jadi dengan life saya sebenarnya?
Hahahaha..
Up and down.
Tunggang langgang.
Meneruskan hidup untuk hanya sekadar berjalan.

Camner nak cakap?
Haaaa...
This will explain better.


Hahahahaha.. ko memang tak malu Mama Lynd.
Yeee... meneruskan hidup.
Selagi boleh pakai baju memang tak lipat la.
Terutama baju anak-anak.

Rasanya dekat 1 bulan kot proses kuis baju berlaku.
Memang kelam kabut.

Then sejak saya menceburkan diri dalam bisness, 
memang saya nekad,
saya kena kembali organise.

Ramai yang anggap organising adalah kerja tambahan.
Organise rumah ni membuatkan wanita-wanita ni banyak kerja.

Silap
(i'm talking to myself... hehehe)

Sebenarnya lagi banyak urusan kita, lagi lah kita kena cari jalan untuk lebih organise.
Baru lah jiwa tenang.
This is why my passion in Home Organising start.
Dari 1 anak ke 2 anak.
menjangkakan banyak urusan.
So mula buat reaseach macamana nak handle 2 task.

So bila sekarang disamping rutin biasa ibu bekerjaya, saya kena selit rutin bisness saya.
So i have to wake up.

Harap bermula minggu ini hidup saya lebih teratur.
Dan saya akan share di blog kesayangan hamba ni.

So this few day saya akan cepat2 update pasal ruang keluarga.

Memandangkan Cabaran di Susun Atur Sioca adalah Ruang Keluarga so saya start di ruang ini dulu.

See you in the next entry.
Love You Readers.

Tuesday, March 25, 2014

Buku : Mudahnya Mengemas Rumah Pre-Order

Assalamualaikum.


Atas permintaan ramai.
Buku Mudahnya Mengemas kini kembali.
Minta maaf sangat-sangat kepada rakan-rakan yang sebelum ini ada yang nak tapi saya tak dapat nak supply.


Boleh refer sini untuk review.

So saya dah order 10 biji.
Dijangka sampai minggu depan.
So siapa nak pre-order dulu pun boleh saya book.
Siapa cepat dia dapat.

Harga Buku Mudahnya Mengemas Rumah : Rm 20.00
Penghantaran : Rm 6.00

Boleh Sms/ Wassap : 
Mama Lynd 
0196038353


**Psstt..psst : Sorry lama diam.
Tapi.. nantikan update-update saya dengan semangat baru yang membara tidak lama lagi.
Love you all..
Thank you for your support**

Friday, November 8, 2013

Taman Kecil Ku

Assalamualaikum.

Seperti yang dinyatakan dalam entry2 sebelum ini saya da mula edited untuk menambah kadar oksidgen dirumah saya.
Heheheh... ayat scientific tol.

Sebabkan itu saya dah rajin belek2 pinterest untuk mecari ilham.
Dengan suntikan"rajin' sedikit saya sudah tambah sikit2 hidupan kat ruamah saya.

Sebagai hadiah hari jadi.



Pokok bunga yang dipanggil Petumia.
Bunga yang sangat mengundang rasa geram sebab lebat dan warna yang terang.
Memerlukan cahaya matahari penuh.
Pernah ada 1 ketika dulu tapi mati sebab pasang auning.
Tolak alasan awning, saya beli lagi kali ini dan letak atas  pagar.
Sofar dah masuk 2 minggu masih segar ddisitu.
penjagaan senang, hanya siram sehari sekali dan buang bunga yang dah mati.
Next target nak cuba biakkan bunga ni.
Ada jumpa 1 blog yang ajar tapi lupa nak save so kena google balik.

Di sudut lain.


Hanya pokok2 lama yang masih segar disitu.
Walaupun nampak semak, tapi saya suka pokok2 kat sini kecuali pokok Heliconia tu.
Saya suka sebab pokok2 ni segar dan kadang2 berbunga juga.





Pokok lili lebah ni saya suka sebab bila berbunga ia berbau.
best.





Pokok bunga Anthurium ni pun selalu berbunga.
Suka daunnya yang merimbun.
Pokok2 area ni jenis yang tak perlu matahari sangat dan tahan lasak.
Tak banyak cekadak sangat la. Siram je.

Ada plan jugak nak tarik water fountain ke sudut ni tapi nanti dah tak leh dengar bunyi air mengalir dari dalam rumah.
Sekarang kat tepi sling door bleh dengar so rasa cam tenang je.



Sedut lain kat tepi pintu masuk.
Atas rak kasut saya letak taman mini yang pasu kecil.
Ada idea lagi untuk kat sini.
Nak letak rak so boleh letak lebih banyak taman mini.
So masuk dalam projek list.

Kalau ikutkan memang banyak idea nak menghijaukan kawasan ni.
Tambah2 lagi suami support.
Tapi step2 by step dulu.

Jumpa lagi.
Ada cerita saya update lagi.






Thursday, November 7, 2013

Tahniah Follower Ke 100 - Anayna Sweethome

Assalamualaikum.

Akhirnya..
Hari ini saya berjaya menangkap follower ke 100.

Tahniah kepada



Hadiah saya tak sure lagi apa sebab ni datang secara spontan.
Semalam terperasan follower saya dah 99 dan terfikir untuk buat surprise.

Tunggu punya tunggu Puan AnaYna yang bertuah.
So puan boleh emailkan Nama, Alamat dan no telifon untuk tujuan penghantaran ke sitinorhas_linda@yahoo.com





Wednesday, November 6, 2013

Project Taman Mini : Kembali Berseri

Assalamualaikum.
Hehehehehe...
Sengeh dulu..
Seminggu 1 entry..
Haissss...

Seperti yang dijanjikan.
Saya reveal taman saya yang kembali berseri.
Setelah hampir 2 tahun dibiarkan tanpa seri.
Akhirnya hasil suntikan semangat nenek Kaseh, bunga-bunga cinta kembali bersinar.

Seperti yang dinyatakan dalam entry sebelum ini, saya dan suami sudah terjatuh cinta dengan taman mini.
Secara tak langsung, lawatan ke kedai bunga kat sungai Buluh menjadi aktiviti berkala.
Last week 2 minggu berturut2 makcik ke sana.

Kalau ikut term yang digunakan dalam Pinterest ia dipanggil 
Succulent Dish Garden.


Ini masterpiece saya yang menyebabkan suami saya menggigil tangan nak ubah.
Takder gmabar close up sebab malu nak tunjuk.
yang belah kanan dan kaktus tu.
Sebab dia kata tak cantik..!!!
Takder seni katanya..
Saya terpaksa rela mengakuinya.
Saya memang kurang pandai.

Tapi hasil kerja tangan suami saya yang pertama.



Saya terpaksa akui yang cantik.
Boleh juga dipanggil Fairy Garden.
Tapi kalau search Fairy Garden mat saleh memang siap ada pondok, fairy, kerusi, laluan dan nampak macam sebuah taman pari-pari dlam kartun tu.
Tapi karya kami lebih ke arah hutan hujan tropika.
Hehehhe..
Ada 8 jenis pokok dalam 1 pasu ni.

Tu hasil minggu pertama.
Minggu ke 2 saya dah tarik diri dari projek taman mini ni sebab taknak rosakkan 1 pasu lagi.

Hasil ke -2 suami saya.



Yang ni lagi puas hati.
Lagi simple tapi pokok menarik.
Sebab menarik tu yang mahal sikit ada beberapa jenis pokok tu.

Yang ni karya ke-3.


Pasu kecil dan pokok lebih2.
Manis je saya tengok.
Berseni betul la suamiku ini.

Apa yang saya suka pasal taman mini ni, dah jadi terapi bila balik keje.
Sebelum masuk rumah jenguk n siram dulu.
Terasa macam berada kat pinggir hutan.
Terasa tenang.
3 pasu memberikan 3 pemandangan / snapshot yang berbeza.
Teringin nak buat lagi tapi dah xder tempat nak letak.
Lagipun modal besar  jugak untuk dapatkan 1 pasu ni.



Buat masa sekarang ni 2 pasu ni ditempatkan sebelah pasu ikan.
Tapi tulah..
Dibon***kan dek kerete.
Tu yang membantukan semangat.
Tapi xper masa saya tengok pokok ni petang2 saya pulak yang membon***kan kerete tu pulak.

Anyway ada sesiapa berminat nak beli tak karya agung suami saya ni?
Sebab terasa nak berkarya lagi dengan buat agi bnyak design tapi tu lah xder tempat nak letak.

Kalau ada yang berminat wassap / sms saya di 0196038353.