Monday, July 8, 2013

Ramadhan Cleaning : Stor

Assalamualaikum.
Tak sabar nak share.

Bahagian pertama untuk saya share adalah store.
Saya ada cerita mengenai stor disini.


Kalau ikutkan dalam entry tersebut ada beberapa perkara yang pending.

Seperti ini :

Barang-barang yang mahu didermakan.
Status : DONE


Barang-barang yang tak boleh derma tapi tak sampai hati nak buang.

Macam beg dan selimut.
So apa saya buat saya masukkan dalam box yang warna biru gini.



Box nak donate.
Tapi yang saya jumpa tu macam boleh masuk semua benda.

Mana nak cari?
Saya pun tak sure dan yang saya jumpa ni pun kat taman perumahan yang on the way ke tempat kerja saya.
Kadang2 barang2 tu elok lagi tapi tak samapi hati nak bagi kat orang yang kita kenal guna.
So kalau letak kat sini, orang datang cari and dia boleh decide sendiri nak guna ke x.
Kalau tak guna memang saya relakan untuk dibuang.
Klau boleh guna, terima kasih.

Dan barang-barang tak apa yang nak dibuat.

Saya jual besi buruk.
macam spring absorber myVi yang lama, printer rosak, rak pinggan yang dah berkarat kat atas ni dan stroller rosak.
Saya dapat RM 8.00
Fuhh lega dpat clearkan barang xder status ni.
(Tanpa pengetahuan suami ku)

So Stor saya dah agak lapang.

Sebelum




Selepas


Sekarang



Wah.. nak jugak masuk dari zaman yang sebelum-sebelum ini.
Haruslah biar semua dapat faham perkembangannya.
Heee..

Nampak tak apa lagi perbezaannya?

Perasan tak storage box saya dah bertambah?
Kalau dulu barang-barang banyak dalam kotak ini.


Tapi ada yang da dibuang dan transfer masuk dalam storage box.

Nampak lebih seragam.
Storage box ni saya beli kat tesco.
Masa saya  beli tu RM 16.90 / set.
Tapi last week saya gi harga promosi RM 11.90
Rugi 5 ringgit.
Bukan rezeki nak buat camner.

Untuk bahagian ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada Jaja_Norliza kerana update beliau dalam blog menyebabkan saya dapat idea ini.

HOME ORGANIZING : bilik stor SEMENTARA




Kemaskan?
Next project nak buat Lable macam tu.
Buat sementara sekarang ni saya tampal ngan masking tape je.

Dan bila dah lapang, kemas dan bersih, baru la tergamak saya nak guna bilik ni.
So buat masa sekarang, saya guna bilik ni untuk menjait.


Kalau sebelum ni saya angkut mesin ni ke manamana tempat yang available.
Tapi sepah dan jenuh nak kemas billa keje tak siap.
Kalau tak nanti puteri-puteri saya yang tolong kemas.

Dan ada beberapa bahagian lagi yang saya agak mati kutu.

Baby Cot


Ingat nak buka dan susun je rapat ke dinding. 
So ruang akan jadi lebih lapang.
Tapi barang-barang dalam tu membuntukan.
Terutama Walker dan baby car seat tu.
Ada idea x?

Barangan elektrik.



1 rice cooker, 1 slow cooker, water dispenser.
Ingat nak letak kat rak gini.


Ada jual kat Giant dalam harga RM160.
Tapi akan makan space.
Idea lain, letak je dalam storage box macam yang lain.
So akan nampak lebih seragam.

Tahap kepuashatian untuk ruangan ini adalah 80%.
Buat masa sekarang biarlah ia begitu.
I love my new space untuk menjahit ini.
Dan dah tak layak dipanggil store la pulak kalau dah jadi tempat menjahit.
Janggal bunyinya "Saya menjahit di stor"

So semangat nak Ramadhan Cleaning?
Jom Up kat blog masing-masing dan sertai GA : Jome Bersihkan Rumah

16 comments:

  1. Rak Giant tu tak tahan kak.
    Mak saya dah beli, bergoyang kiri kanan, so tak berani nak letak barang berat.

    macam IKEA punya pun, kena drill ke dinding, baru stabil.

    untuk labelling storage box tu kan, kalau akak tempek gambar isi kotak pun menarik gak.

    selalu tengok website mat salleh buat.

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kuat ke?
      Nasib baik tak beli.

      Pasal lable tu menarik jugak letak gambar.
      Leih senang kan?
      Terima kasih sbb bg idea bernas.

      Delete
  2. Kemasnya...sya punya bilik stor pun pnuh kotak dgn macam2 brg..huhu..tak tau bila nak kemas..sya nk join GA akak tu..blehlagi ke kak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lagi. GA berlansung sampai 24 July.
      Jom kemas sama2..

      Delete
  3. sy ade bli rak kuning tu sm mcm kt gmbr..thn x goyang..harga rm70 je..

    ReplyDelete
  4. Bestnya dah clear, bilik bawah akak still the same, penuh dgn kotak2 lagi. Nampaknya maintain jela macam tu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat slow2.. janji ada improvement dari masa ke semasa.

      Delete
  5. wah bilik mamalynd dah clear..bilakah turn bilikku..semakin hari kemalasan semakin menguasai diri...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh sini nak tiup semangat..
      Cuba fikir dan bayangkan bilik da clear, amik gambar before and after lepas tu update kt blog.
      Mesti semangat.

      Delete
  6. Bilik stor saya adalah bilik kain yang saya sebut-sebut dalam entry..

    Bilik sidai kain + simpan kain + store barang + filing dokumen..

    Haaaa...apa nak bagi nama..?
    Semua ada hihiiihi..

    Kemas bilik store Mama Lynd.. saya punyer...uissshhhhh..tak sanggup nak tengok..hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Buat sikit2 dan jangan lupa amik gambar.
      Mesti best..

      Delete
  7. hehehe..lynd wat semua ni dalam satu masa ker?? saya punya 'project cleaning' ni asyik pending jer...tgh duk2 kemas tgk2 jam, dah ptg...nk kena wat mende lain yg lg penting..cam tu ar selalunya..

    **mmm..bila nak join GA ni..projek terbengkalai jer...**

    hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sikit.
      Macam mula2 susun barang ikut kategori dan ada yang buang or derma.
      Da susun tu fikir agak2 bekas cmner yang diperlukan.

      Gi beli.. next time baru susun lagi.
      Kadang2 semanagt nak siapkan sebab nak amik gamabr and update kat blog.
      Heeee

      Delete
  8. comel je bunyi, menjahit di stor... adoih! rumah aku byk ruang dlm almari so semua kasi sumbat dalam, susun cantik2 spy muat. but, tgk progress ko buat ni, tahniah... aku suka. ko mmg rajin dear.

    ReplyDelete
  9. wohoho...cemana aku blh terlepas entri ini??

    btw, hasil yg mengkagumkan..puas hati kan dpt buang brg yg tak digunakan dan menyemakkan rumah..aku sungguh faham perasaan itu..

    pasal walker ngan car seat..aku masih pakai sbb ada si zuhair kan..sebelum ni masuk bawah katil....skrg bwk kluar sbb si kecik ada..

    utk ko, aku cadangkan klu plan next baby lmbt lagi, jual je semua ni..nti baby baru beli lain..hee..my seposen!

    p/s takdak citer baru ka? ku tgk semua dah nk bercoti, takde update pasal organizing..huhu boring..tu yg dok tgk entri2 lama semua org..smp terjumpa entri ko yg aku terlepas ni...hee

    ReplyDelete