Tuesday, May 7, 2013

Idea Anda : Pengenalan

Assalamualaikum dan salam selasa.
Mood pilihanraya dah reda?

Mari kita naikkan mood nak ber Home Organizing pulak.
Pengunguman yang saya rasa membuatkan anda mesti excited kot.

Saya create 1 Lable baru yang dipanggil IDEA ANDA.
Dalam ruangan ni saya akan kongsi idea-idea yang menarik dari blog-blog yang saya lawat.
Dan jika idea tersebut saya ambil dan aplikasikan di rumah saya pun saya akan kongsi.
Ni baru betul Sharing is Caring.

Anda inspirasi saya.
Dan kepada sesiapa yang ada idea yang mahu dikongsi anda boleh beri link idea anda atau kepada yang tiada blog boleh hantar email dan saya kongsi idea anda di sini.

Email : sitinorhas_linda@yahoo.com

Entry pertama idea anda akan publish esok.
Tunggu..



Monday, May 6, 2013

Keputusan GA

Assalamualaikum.
Orang sibuk dengan keputusan PRU 13,
awak sibuk dengan keputusan GiveAway seciput awak.

Tak kira.
Nak jugak announcekan.

Pertama-tamanya saya minta maaf juka Puan-puan rasa hadiah saya tak besh.
Hanya ini yang saya terfikir untuk sesuai.
Dan budget pun sedang-sedang sahaja.
Harap puan-puan berpuashati ye.


Pemenang Bagi 10 Follower Pertama adalah :

3. HoneyDear

Yang memenangi :


Set Cointainer Pink dari Cosway

Dan 2 Pemenang yang lain adalah : 

8. sumayyahahmad


Yang Memenangi :



Set Container Purple dari Cosway

Kepada Pemenang, Sila emailkan detail anda ke 

sitinorhas_linda@yahoo.com

Untuk tujuan penghantaran hadiah.

Harap Follower yang lain ok ye.
Lain kali saya buat lagi GA yang lebih best.

Anywaya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada follower yang berminat dengan blog Hidupku Rumahku Terurus.

Kerana anda blog ini diwujudkan dan insyaAllah kerana anda blog ini akan terus bernyawa.

Friday, May 3, 2013

Mama Lynd's Printable

Salam Jumaat yang berkat.
Atas pemintaan ramai.
(Ramai lah sangat)

Saya wujudkan Tab/Page baru untuk file-file yang saya guna dalam home organising.

Sebagai contoh Mama Lynd's Project List nampaknya mendapat sambutan.
Saya tak sangka file comot yang terperuk dalam PC saya pun boleh ada orang nak tiru.
Terharu makcik.

Boleh la jenguk-jenguk apa yang boleh dikongsi dari masa ke semasa.



BUKU 'MUDAHNYA MENGEMAS RUMAH' DI PASARAN

Hah.. Terasa macam orang dahaga diberikan air.
Boleh tak kasi perumpamaan macam tu?

Kalau di luar negara banyak buku dan majalah yang memberi infomasi mengenai home organizing ni.
Kat Malaysia mostly pasal deco-deco je.

Tapi jangan risau, 

BUKU 'MUDAHNYA MENGEMAS RUMAH' DI PASARAN



Keterangan lanjut boleh tengok kat sini.

Boleh dapatkan buku ini di PESTA BUKU 26 April - 5 Mei di booth Telaga Biru!Buku ini juga boleh didapati di MPH, Popular Bookstore dan melalui Stormreaders.  

Update Peserta GA

Alhamdulillah
Saya sangat menghargai para follower y join GA simple ni.
Tak sangka saya sambutan agak baik.
Terima kasih kalian.
Ok kat bawah ni say update peserta GA.
Kalau yang tertinggal Update Ya.

10 Peserta Terawal

1. Fizah
3. HoneyDear
6. BluRpL3
7. IeRA
8. sumayyahahmad
9. diana eusoff

Peserta Lain

10. yatie mohd tahir
11. nor arinee mat saaud
12. Yar
13. Aty_Fared
14. Siti Rohayah
15. Nur bijen
16. Fara fida
17. Ezzaty
18. Imaan09
19. Asma
20. Mrs.aisheiteru
21. jaja_NorLiza
22. najiha
23.Puteri Satu
24. ch@
25. miza_shidy
26. leyyatasha
27. 


29. Semalu

30. adianiez AIDA


Peserta 10 follower terawal tu ada 9 org je kan?
Siapa saya tak masukkan nama dalam senarai 10 tu dan tahu yang dia adalah termasuk dalam 10 terawal tu sila inform saya.
Saya update balik nanti.


Kepada yang masih belom Jom.
Senang sahaja.
Just Follow this blog, 
and you are qualified to will the prize base on random.org.

Thursday, May 2, 2013

My Organizing Plan

Assalamualaikum.
Ada yang tertanya-tanya tak kenapa saya sibuk nak organize rumah.
Maksudnya kenapa sekarang?
Baru pindah rumah ke?

Sebenarnya semasa saya mengandungkan anak kedua, saya buat research macamana nak uruskan hidup dengan 2 anak.
1 anak pun saya rasa 24 jam masa yang saya ada ni pun tak cukup.

Secara kebetulan jumpa pulak blog organizing dari luar negara.
Tu yang saya mula mendalami ilmu Home Organising tu.

Tahun 2012 boleh dikatakan tahun berjinak-jinak.
Tahun 2013 saya nekad nak susun hidup saya.
Saya dah nampak what kind of life yang saya nak.
What kind of home yang saya nak tinggal.

So awal tahun hari tu saya listkan apa yang saya nak buat tahun ni.
Boleh dikatakan project sepanjang tahun lah.
Ini project tingkat atas.

Saya nak gunakan tingkat atas sepenuhnya.
Tengok lah, dari awal tahun sampai da masuk May hanya 30% je DONE.
Yang lain pelan-pelan kayuh.


Project lain pulak.

Ni fokus more on tingkat bawah.
Sebenarnya ada je benda lain nak buat termasuk lah nak make over ruang tamu and master bed room.
Tapi tu termasuk dalam senarai optional iaitu tak berapa penting la.

So update saya nanti akan base on this list.
Dan mungkin juga ada yang terselit project2 sampingan.

Bagaimana perancangan anda? 
Jom Kongsi.



Tuesday, April 30, 2013

Bilik Anak-Anak

Tak sabar nak share barisan-barisan project yang on going.
Mula-mula nak teruskan dulu sesi mukaddimah.
Tapi nampaknya jiwa ini meronta-ronta nak cepat-cepat lepaskan entry.

Sebenarnya ni project category belom siap.
So saya update step by step.

First entry mengenai project di Hidupku Rumahku Tersusun adalah mengenai bilik tidur anak-anak perempuanku.
Cinta hatiku.
Tak tahulah nak panggil bilik tidur, mereka tak tidur dalam bilik ni.
Mereka masih tidur dengan saya.
Tengah cari masa yang sesuai untuk asing tidur dengan chenta hati saya yang berdua itu.

Nak kata play room siap ada tilam bagai.
Tapi saya suka cara Aty dari Aku bukan Bidadari

Walaupun anak dia tido ngan dia, tapi dia dah ajar Qaleef mengenai "bilik sendiri".
Bersiap dan bermain dalam bilik sendiri.

Saya?
Semua rembat kat satu tempat kat bilik bawah.
Tu pun akan jadi 1 project, nak susun balik fungsi setiap bilik kat rumah ni.

Ok back to cerita bilik anak-anak tadi lah.
Saya memang nak wujudkan ni "bilik Kaseh / Awatif"

Asalnya bilik ni memang kosong.
Hanya ada tilam sahaja.
Dah lebih 3 tahun dok rumah ni.
Awal tahun hari tu mula timbul idea nak wujudkan bilik anak-anak.

So pelan-pelan kayuh.
Mula jait langsir.
Cari-cari idea.
Mula ajar-ajar Kaseh tentang "bilik Kaseh.

So status sampai sekarang saya sudah mula masukkan barang-barang mainan anak-anak.
At least sesekali adalah msuk juga bilik ni.

Gambar yang betul-betul BEFORE tu xder plak.
Sebab kalau ikutkan memang hanya tilam nan satu je.
Then 2 bulan lepas letak langsir.
Dan kotak mainan yang lama.

Dan update terkini adalah kotak permainan anak-anak.
So hasilnya,

Before : 


After : 

Untuk kotak mainan pulak.

Before:


After :




Kotak mainan yang saya beli di Mr DIY.
Nasib ngam-ngam masuk dalam rak ni.
Rak ni asalnya pun untuk play area anak-anak kat tingkat bawah.
Boleh refer entry ini.

Masih belum lengkap.
Antara barang-barang yang melengkapkan fungsi bilik ini adalah.



Ceiling Fan with LED Light
Evamatik Mat
Wall Sticker / Future Wall

Yang last sekali tu lebih kepada hawa nafsu.
Hehehehe...
Xder kaitan pun dengan fungsi.

So kumpul duit dulu.