Assalamualaikum.
Rindu nak up cerita project.
Tapi masih belom siap terutama ruang tamu.
Masih belom tersusun.
Ada beberapa perkara yang masih dalam pemburuan.
Langsir
Untuk sliding door je.
Kain belom beli pun.
Belom decide lagi nak warna apa untuk dipadankan dengan rumah kehijauan kami.
Dok cari-cari terberkenan dengan design ni.
2 kain kosong dan kain bercorak.
Dok fikir warna juga.
Kalau ikut idea
Warna yang sesuai untuk dinding kehijauan saya adalah
Hijau
-sesuai di padankan dengan warna hIJAU(LIGHT), COKLAT, HITAM, KELABU & PUTIH.
-sesuai di padankan dengan warna hIJAU(LIGHT), COKLAT, HITAM, KELABU & PUTIH.
padanan dengan perabot warna hitam ia dapat menonjolkan suasana
ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat dan sesuai untuk menonjolkan bentuk perabot untuk di gunakan
ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat dan sesuai untuk menonjolkan bentuk perabot untuk di gunakan
padanan dengan perabot warna putihmewujudkan suasana yang tenang dan dengan keserlahan warna dinding
Dan rumah saya semestinya lah perabot yang ada warna gelapkan.
Tu yang langsir ingat nak buat putih combine dengan light green.
Tapi putih sesuai ke untuk langsir?
Tak comot ke nanti?
Erm.. kita tengok la warna yang available kat kedai kain dekat dengan rumah tu.
Dan saya masih mahu menggunakan jenis Eyelet.
Sekarang dok study cara jait eyelet dengan kemas.
Hiasan Dinding
Masih ada 3 dinding yang masih lapang.
Ada beberapa idea.
Frame gambar besar.
Untuk dinding depan tangga.
Shelve
Untuk dinding sebelah TV
Cermin
Untuk dnding mengadap pintu.
Family Photo
Untuk dinding with console table.
Nampak tak rumah Jen I heart ni?
Photo black and white tu?
Exactly what my husband request i buat.
Nak kena cari frame dulu.
Gambar da pilih.
Painting Job
Ada sedikit renovation yang memerlukan kerja-kerja mengecat.
Cat dinding hari tu da siap.
Haisss.. Dok cari ruang nak mensetelkan kerja-kerja ni sebelum raya.
Tinggal 1 weekend je lagi.