Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Cleaning : Bilik Bersiap Cum Bilik Solat

Assalamualaikum.

Kita sambung Ramadhan Cleaning.
Bilik bersiap / bilik utiliti dan terbaru bilik solat
Saya tak tahu nak panggil apa.

Dan satu ketika dulu saya ada cerita pasal bilik ni kat sini.


Bilik ditingkat bawah yang agak luas.
Dijadikan pusat sehenti bagi segala benda.
kami mandi, bersiap, iron baju, solat semuanya disini.
Bilik atas hanya menempatkan baju yang jarang pakai dan bilik atas hanya dijadikan tempat tido.

Dan bilik ni paling kerap berubah susun aturnya.
Saya selalu mencari ruaang improvement supaya rutin sya disini lancar.

Dan untuk kali ini, perubahan paling ketara adalah kewujudan ruang solat.
Kalau sebelum ni hanya bentang sejadah dimana-mana dalam bilik ini.

Jom kita lihat transformasi bilik ini.

Sebelum

Selepas

Sudut ini dijadikan tempat solat.
Pada pendapat saya memang strategi sebab :

1. Tidak mengganggu laluan.
Sebelum ni kalau suami solat saya dok ulang alik bersiap.
Terutama pada waktu pagi.

2. Dapat mengawal kesuciannya.
Yup.. bila tak berada dilaluan utama so tahap kebersihan dan kesuciannya dapat di dikawal.

3. Pembahagian Ruang yang Ketara
Sebelum ni memang ada niat nak hidupkan ciri-ciri ruang solat dibilik ni.
Seperti ada karpet untuk keselesaan dan sedikit decorasi dinding yang mencirikan islamic.
Tapi masalahnya bilik ni besar dan ada pelbagai fungsi.
So terlalu besar untuk dan "sesuai ke orang pakai baju kat ruang solat?"

So bila dapat idea ni, ruang yang agak tersorok dan kecil sesuai sangat la.
Tempat sidai tuala dan telekung menjadi pembahagi ruang.

Yang penting suami suka.
Saya dah nampak dia gunakan ruang ini dengan "betul"

So next plan untuk ruang ini adalah nak cat sikit dengan cat yang lebih ruang tamu.
Dan juga letak frame ayat Kursi yang memang dah ada.
Tambah juga langsir.

Haaa.. Citer pasal karpet pulak.
Nyaris nak beli karpet baru khas untuk ruang ni.
Tpi bila kemas-kemas stor hari tu baru perasan pasal karpet ni.
Sebab tak guna adalah dah pernah kena kencing Kaseh n Tikus.

Tapi dengan semangat kental, hari tu saya basuh karpet ni.
Simbah sabun dan berus sampai yakin suci untuk dibuat solat.
2 hari baru kering.
Nasib baik cuaca baik 2 -3 hari ni.

So selamat menggunakan ruang ini dibulan Ramadhan untuk kami suami isteri.

Barang-barang lain?

Tempat almari anak-anak, dilletakkan ditempat yang dulunya tempat iron board.


Cermin pun dialihkan ditengah-tengah antara ruang solat dan almari.



Susunan barang-barang pun dikemaskan sedikit.


Guna bekas dari Daiso.
Praktikal.
Piring kecil tu tempat Suami ketuk shaver.
Dia suka ketuk kat dinding.
Habis sisa-sia kat lantai.
Harap idea ni berkesan.

Then dinding lain sebelah pintu.
Almari pakaian.
Nampak semak betul tempat sidai tu.
Tapi almari bujang tu tak muat nak letak semua baju kami suami isteri.

Perasan tak rak kecil sebelah pintu?


Dulu tempatnya disini.


Tempat Suami letak beg dan barang2 poket.
Disebabkan tengah make over ruang tamu, so rak ni da tak sesuai.
That why letak dalam bilik ni.
Ini juga didikan secara halus untuk suami meletakkan barang2 di dlam bilik je.
tapi so far masih belum berjaya.

Itu lah update untuk ruang ini.
Idea dimasa depan untuk ruang ni sebenarnya saya taknak guna bilik ni sebagai tempat bersiap.
Target saya nak guna ruang atas.
Tapi so far inilah statusnya.

So readers, anda ada bilik khas untuk bersiap?
Macamana susunatur bilik tersebut?
kalau guna bilik tido sebagai tempat bersiap, macamana anda susunatur perabot bilik anda?

Jom Kongsi.

7 comments:

  1. yang apsal ketuk shaver tu..dulu pon berlaku apda saye..dan pasal tu jer pon kiteorang laki binik begaduh bagai nak..asben tak paham kenape binik nyer naik angin biler die ketuk2 shaver die kat dinding...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Jadi isteri ni banyak cabaranya.
      Dan kena bijak untuk "menegur" suami.
      Instead of "cakap" baik sediakan tempat dan bgtau.
      Kalau xikut jugak kita tobet dia..

      Heee

      Delete
  2. samelah ngan saye.sal ketuk 2 shaver kt dinding dan sinki lah boleh bergaduh..boleh dipraktikkan ni..thanx akk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.. Saya ingat suami saya je yang buat gitu dalam dunia ni.
      Rupanya ramai jugak yang gitu.. Heee

      Delete
  3. kemas dan sgt fleksibel. segan nak amek gambar bilik. bersepah tahap karma. bersiap pun di bilik saja. solat di bilik tetamu :)

    ReplyDelete
  4. aku guna bilik tidur sbg bilik bersiap. susunatur ada jgk..

    p/s aku tgh spring cleaning..kan aku pnh citer aku buat hari tu yg smp 2-3 minggu tu..ni tgh buat LAGI..byk brg dah dipurging...nti aku citer okeh

    ReplyDelete
  5. SU PUN ADE BILIK CAM NI.BILIK BAJU+SOLAT+SIMPAN BARANG

    ReplyDelete