Thursday, September 12, 2013

Idea Dekorasi Ruang Tamu Yang Digunakan

Assalamualaikum.

Sebelum make over hari tu, memang semusim tu saya buat reseach pasal ruang tamu je.

Dari warna cat, langsir, dekorasi dinding dan dll.

Memang ada yang saya guna pakai untuk diimplimentasikan di rumah saya.
Jom kita lihat apa yang saya cedok.

Langsir

Idea


Hasil


Walaupun tidak puas hati dengan warna tapi kesuluruhannya ok la.
Masih mengekalkan langsir eyelet walaupun azab bona nak membuatnya.
Ingat next langsir nak buat yang biasa je.

Frame Gambar

Idea


Hasil


Sama tak? Sama tak?
Hehehehe..
70% la kan.

Console Table

Idea


Hasil

Console table murah je.
Tapi ok lah untuk berbakti untuk kami sekeluarga.


Decorasi Dinding

Idea

Hasil

Banyak lagi impian ruang tamu ini yang belum tercapai.
Seperti cermin, kufi art, plaster siling dll.
When we talk about impian it is a never ending story.



Wednesday, September 11, 2013

Susun Atur Ruang Tamu Semasa Hari Raya

Assalamualaikum.
Harap sahabat tak boring mengadap ruang tamu saya yang kehijauan ini.

Dalam entry2 saya sebelum ini, saya tunjukkan susun atur rumah saya dihari biasa.
Tapi sebenarnya masa raya hari tu saya angkat dining table ke ruang tamu.
Sebab nak letak makanan semasa buat makan2 family and baraan jiran2 hari tu.

Rupanya begini.


Dan bila saya pergi rumah jiran2 saya ada yang letak meja makan disitu.
Dan memang dekorasi ruang ni memang disesuaikan dengan dining area.





Dan kerusi black n white saya dialihkan dekat dengan sliding door.
Masa orang ramai datang hari tu terasa lega jugak la kerusi banyak.
Dah habis raya, terasa semak.
Heeee.

Saya cuba untuk mengekalkan  kedudukan meja makan tu kat situ.
Tapi selain meja makan saya tak cantik saya ada masalah yang lagi besar.

The Habit.


Tang sangkut menyangkut dan sidai menyidai ni yang tak tahan.
it's not about my husband only but.. me too.
Dah bendanya ada kat situ.
Towel, handbad and segala bagai la ada kat situ.

Tambah lagi susah nak makan bila meja makan kat depan.
Selain susah nak kawal kebersihan, nak angkut pinggan mangkuk tu satu hal.

Makanya meja makan tersebut kembali ke kedudukan asal iaitu kat dapur.
Dan ruang ini kekallah begini.



Guna kamera hp suami so gambar kurang memuaskan.

Tuesday, September 10, 2013

Reveal Ruang Tamu - Ruang bawah tangga.

Assalamualaikum.

Masih ingat ruang bawah tangga saya?
Yang dijadikan play area untuk anak-anak.

 Before




After

Dah bertutup dan diwartakan secara officialnya sebagai STORE.
Menjadi tugasan baru untuk Mama Lynd susun atur ruang ini pulak.
Buat masa sekarang lambak segala bagai kat dalam tu.

Ini hasil kerja keras tangan suami saya yang dichentai.
Dia yang beria sangat.
So saya redha je la.

Ada yang tertipu tak yang mengatakan dinding tu concrete?
Sebenaya adalah kepingan siling je.
Potong dan pasang kat dinding then pasang pintu.
Pintu tu pulak adalah pintu rumah yang asal.
Disebabkan kami ganti pintu asal dengan pintu yang lebih elok so pintu lama letak kat situ dan cat.



Sang Suami bekerja dimalam Ramadhan ditemani anak2 yang somot.
Pintu baru yang perlu dipotong.


Hasilnya.
Cat warna coklat gelap.

So project untuk ruang bawah tangga pulak yang menanti.
Tiada idea.

Next update adalah mengenai susun atur perabut semasa raya.



Monday, September 9, 2013

Reveal Ruang Tamu - Bahagian 2

Assalamualaikum.
Mood sudah mari.

Kta sambung lagi cerita ruang tamu.

Before
(Saya sangat suke langsir black n white saya itu)

After




Waaa...
Yang ni pun tak puas hati.
Saya tak suka langsir baru tu.
Macam yang diperkatakan dalam entry sebelum ini,
rumah saya terlalu kehijauan.
Ditambah lagi dengan langsir hijau itu.
Waaa..
Ada sapa nak beli x?
Saya amik modal kain je.
Heeee...

Kalau takder orang beli pun saya tetap kena jait 1 set lagi langsir untuk sliding door ini.
Sebab saya dah tinggikan langsir ni.
Sekarang ni kan trend langsir tinggi sampai siling and kalau ada plaster siling, disorok lak rail tu.
Nampak langsir je.
So makcik yang xder plaster siling ni pun buat la juga.
Dari tinggi 2500mm ke 2700mm.
Tinggi skit je.
Tapi kena standby 1 lagi langsir la sebab langsir yang ada semuanya senteng.
Huaaa.. alasan yang reasonable kepada sang suami.
Nasibaik jait sendiri boleh la berangan lagi sebab modal kain je.
Kalau tempah, simpan je la idea tu untuk tahun akan datang.

Dan perasan tak sudah tiada lagi kelihatan wire TV kat dinding tu?

Ini kerja sang suami.
Dia pasang trunking dan cat sekali.
So dapat la sorok sikit.
Tak perasan kalau tak tengok betul2. 
Dinding TV tu masih kosong.
DOk survey jugak Kufi art atau apa2 sahaja yangs sesuai disitu.
Tapi cari pelan2.
Tiada apa yang nak dikejar.
Raya dah habis.
Heeee..

Tapikan bila dah lama2 menghuni rumah hijau saya ini,
dah kira ok lah.
Terasa terang.
Kalau sebelum ni warna gelap so agak terasa lah perubahanya.

So nantikan next entry, pasal mini renovation ruang bawah tangga.







Reveal Ruang Tamu

Assalamualaikum.
Hais.. Macamana nak buat entry ni.
Nak buat beberapa siri or lambak je 1 entry.

Erm.. Kita tengok je la hasilnya nanti.

Saya ada up kisah2 ruang tamu dan idea-idea yang saya cuba terapkan dalam make over ruang tamu saya.

Ermm..
Terasa kurang rancak menaip..
Mungkin sebab sudah terlalu lama tak berkarya.
Hehehe..

Ok let's the picture talk first..

Before



After
Hijau
For me too hijau.
warna future wall agak menepati tapi warna dinding lain..
Kombination warna yang tak kena.
Terlalu hijau.
Frame yang beli kat GM tu pun tak puas hati sebab beli dulu sebelum cat.
So tak dapat nak budget warna apa yang sesuai.
Dan frame cantik itu tidak menyerlah.
Moral of the story cat dulu baru beli aksesori.

Sofa.
Agak menepati ciri2 yang saya nak iaitu lasak dan tak perlu penjagaan sangat.
Tapi tetap ada tapi.
Garis coklat tu seakan2 mengganggu.
Dan bila lepas raya terasa sofa ni terlalu besar.
Mungkin sebab saya sudah terlalu biasa dengan ruang yang lapang.
Lagi somel kalau dilengkapkan dengan kusyen2 kecil.
Tapi Makcik malas nak kemas n susun.
So biarlah selapang itu.

Satu sudut lagi.

Before




After

Nasib baik ada 1 dinding putih yang mematikan kehijauan itu.

Close up ruang black n white saya.




Ruang ni paling saya suka.
Sofa n kusyen lama yang kebetulan hitam putih.

Ruang ni memang sangat praktikal.
Konsol table dijadikan tempat charge hp dan drop zone.


Klau sebelum ni kalau nk berhp, kami suami isteri akan bertenggek kat tangga je.
Tapi since ada kerusi kat situ , terasa lebih semenggah.
Heee..
Ini ruang yang paling saya puas hati.

Dan ini adalah jambangan bunga pertama untuk rumah saya.


Memang saya nak sangat simple.
Even encik suami kata "entah apa-apa"
Hanya 6 batang bunga daisy (Rm 20) dan pasu bungat yang memang dah ada pemberian adik ipar satu ketika dulu.
Tabung Hello Kitty tu saje je nak kasi comel.

Frame ini

Beli kat Hinode je.
Rm 5 satu.
Tapi tak puas hati gambar tu.
Kalau ikutkan sepatutnya ada border sikit.
Maksudnya gambar takder la ikut saiz 5R tu.
Tapi takperla.
Halal je la.
Boring nnt tukar gambar lain.
Hari tu ingat nak tambah lagi frame kasi nampak lebih penuh.
And nak cari yang saiz 4R warna hitam.
Tapi tu la, tak jumpa.
Lain kali tambah lagi.
2 Frame butterfly tu beli kat cameron hari tu.
Cantik jugak.
Heee..

Ok.
Setelah entah berapa kali open-close draft entry ni.
Akhirnya siap juga.
Tapi untuk ruangan lain saya sambung entry lain.


Friday, September 6, 2013

Lama nya menghilang..

Assalamualaikum.
Rindunya nak tekan keyboard.
Mengarang dan upload gambar.

Status update kerja-kerja rumah saya terhenti dengan mencari idea untuk make over ruang tamu rumah saya.
Kerja2 mengecat yang mengundang tragedi, ketidakpuashatian hasilnya, pemburuan aksesori yang diinginkan.
Disamping itu menghitung samada nak update on da dot atau tunggu siap.
Tunggu punya tunggu decide Update je la sebab dah tiada apa lagi nak ditambah untuk ruang tamu.
Banyak juga budget habis untuk ruang tamu kali ini.
Heee..

So memandangkan rasa cemburu dengan blogger yang aktif mengapdate rumah masing-masing.

Sioca Kecil dengan cabaran bulan September Mengenai Bilik Tidur Utama

Familyini dengan post-post idea rumah contoh

Aku Bukan Bidadari : Post terbaru mengenai stor bawah tangga, dan akhirnya Aty reveal dapur rumah barunya dan idea baru untuk biik Qaleef.

Saya Punya Belog : Nart semakin aktif dengan keje2 organising stor, rak buku dan permainan Saif.

Homelicious : Pun boleh tahan dengan sofa baru dan renovate toilet.

Sangat seronok tengok update rakan2.
Tapi saya hanya mampu go trough laju2 di ofis dan tak sempat tinggal komen.
Harap tuhan beri saya kelapangan untuk saya terus menyumbangkan idea untuk HO di Malaysia.

Keep it up frenz..
See you in the next update.

Teaser dulu..